Isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin kini sedang hamil anak ketiga. Memang kebanyakkan seseorang ibu yang sedang hamil itu, akan ada alami alahan.
Kali ini apa yang dialami oleh Syatilla Melvin, alahannya sememangnya sesuatu yang terlalu pelik dan unik. Syatilla Melvin berkata dia ada alami alahan biasa iaitu sering loya nak muntah.
Akan tetapi, yang peliknya kali ini, dia akan rasa loya dan nak muntah apabila melihat rumahnya sendiri. Ini komen dari pelakon berumur 30 tahun ini.
“Ketika kandungan kali ini, saya ada rasa loya dan nak muntah dengan benda yang saya terlalu suka. Nak tahu apa?”
“Saya ni tak boleh nak tengok rumah saya sendiri. Ya tuhanku, rasa nak muntah apabila bangun pagi tengok rumah sendiri.”
Sebelum ini diketahui bahawa Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam memang sering buat dekorasi rumahnya terutama ketika musim PKP.
“Pelbagai barang kat rumah yang saya dah hias semua tak boleh nak tengok dah. Habislah kalau macam ini. Takkan lah nak kena tidur hotel sampai lahirkan anak nanti.”
Minggu lalu, Syatilla dan Shaheizy Sam telah mengumumkan berita gembira apabila pasangan ini kini sedang menanti kehadiran anak ketiga mereka.
Sebenarnya Syatilla sebelum ini sudah keguguran sebanyak tiga kali dan mereka berharap kandungan ini akan kekal dan baby akan berjaya dilahirkan.
“Doakan bertahan sehingga cukup 9 bulan, amin.” Antara kata-kata dari Syatilla Melvin.
Untuk info Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bernikah dan bergelar sebagai pasangan suami isteri pada tarikh 8 Februari 2016 dan sepanjang 5 tahun perkahwinan mereka berdua telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4 tahun, dan Sarima Samheizy, 2 tahun.