Kecoh juga apabila Caprice ada muatnaik entry setelah King Coco umum dirinya bukan lagi isteri orang semalam.
King Coco kini sah sudah pun berpisah dengan suaminya sebelum ini yang bernama Captain Azrin. Setelah berita berkenaan tersebar, Caprice berkata dia mahu nombornya diberikan kepada King Coco agar dia dapat buat video call.
Caption dari Caprice itu khabarnya ada kaitan untuk menyindir individu lain yang ada kaitan dengan video call.
King Coco ada membalas melalui Ig story miliknya mengatakan dia tak mahu ada kaitan atau dikaitkan dengan Caprice.
Jelas ibu tunggal ini, dia harap Caprice tak kaitkan dirinya jika ada perbalahan atau nak sindir orang lain.
“Cakap pada Caprice jangan masukkan (babitkan) diri saya ye. Saya tak mahu ada kaitan.” Kata King Coco.
Melihat respon dari King Coco itu, Caprice dilihat terus DM King Coco. Penyanyi rap ini turut muatnaik perbualan antara dirinya dengan King Coco di Ig story.
Dari situ dapat dilihat King Coco okey saja dengan apa yang dikatakan oleh Caprice itu.
Ini caption dari Caprice: “Tuan punya badan okey.”
Dari perbualan King Coco tahu bahawa apa yang ditulis oleh Caprice itu tak ditujukan kepadanya pun. “I tahu you tak tuju kat I, sebab tu I tulis macam tu. No worries, nak kawan lama. Please do what yu can, need help, kita boleh ngobrol sama-sama.” Itulah yang ditulis olehg King Coco. Untuk yang tak tahu, maksud ngobrol (Bahasa Indonesia) itu ialah berborak atau bercakap.
Caprice berkata dia akan terus berjuang dengan matlamatnya dan berterima kasih kepada King Coco kerana support dirinya.
Ini perbualan dan mesej penuh antara Caprice dan King Coco.
Semuanya okey saja antara Caprice dan juga King Coco. Tiada masalah pun.