Dalam diam rupanya penyanyi rock terkenal tanah air, Ella Aminuddin, 55 tahun, kini mengalami anxiety dan juga mudah panic.
Hal ini bermula semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan beberapa tahun ini. Akan tetapi Ella menjelaskan, semuanya masih lagi terkawal.
Melalui satu laporan Mstar, Ella mendedahakan dia kini kurang yakin untuk buat persembahan di depan khalayak.
Jika buat persembahan, tangan Ella akan menggeletar dan kepalanya akan jadi seakan kosong. Ini kenyataannya dari laporan Mstar.
“Saya berdepan dengan anxiety, sebenarnya lama dah, tapi keadaan makin teruk semasa PKP. Banyk isu berlaku disekitar saya dan itu membuatkan saya terlebih berfikir.”
“Kemudian saya ambil pendekatan untuk tak nak dengar atau baca berita tentang kes-kes sekeliling demi kesihatan mental. Kalau tak, nanti anxiety saya akan jadi lebih meruncing.”
Ella yang terkenal dengan lagu standing in the Eyes of the World menyatakan, hanya family yang tahu secara terperinci tentang isu yang dia sedang hadapi.
“Family saja yang tahu tentang keadaan saya ini dan atas nasihat mereka saya mendapatkan bantuan. Sebab tu situasi anciety dan panik itu saya dapat kawal pada hari ini.”
“Kalau ianya datang sesekali tu, nanti secara tiba-tiba tangan saya jadi menggigil dan otak menjadi kosong sampai tak boleh buat apa pun.”
Ella akui dia ada tolak beberapa tawaran nyanyian sebabnya jika nak keluar rumah, dia akan rasa tidak selesa, sering takut-takut.
“Selepas berlangsungnya PKP, saya kurang selesa untuk keluar dari rumah kerana masih dibelenggu rasa risau. Banyak kali saya tolak undangan menyanyi.”
“Tetapi kini selepas ambil makanan tambahan seperti teh hijau dan delima serta beberapa makanan tambahan lain, kesihatan dalaman saya semakin baik.”
Kata Ella lagi, dia menasihati semua orang di luar sana yang senasib dengannya agar pergi mencari bantuan kerana masalah kesihatan mental ini bukan boleh dibuat main.
“Jangan ada rasa malu atau rasa kononnya kita ni yang bersalah. Saya sendiri pun kini dah buat pengakuan secara terbuka dan ini antara tanggungjawab saya untuk membantu insan lain yang memerlukan bantuan yang sama macam saya.”