Tauke akui kahwin dua dengan Shu, dapat izin dari isteri pertama, Nadia

14,676 views

Pelakon dan pelawak Tauke Jambu kini dah menjawab semua soalan tentang kisah perkahwiannnya. Tauke memberi penjelasan selepas video dan foto dia dan wanita bernama Shu menjadi viral baru-baru ini.

Memang benar, bahawa kini Tauke selamat berkahwin sekali lagi bersama wanita bernama Shu. Tauke memberi jawapan bahawa isterinya Nadia memberi kebenaran untuk mengadakan majlis berkenaan. Ini komen Tauke menerusi satu temubual dengan portal Mstar.

“Perkahwinan dengan Shu, sebenarnya dia ada tolak percintaan dengan bekas teman lelaki dia. Dia kata Tauke Jambu ni lebih macho. Lebih berkaliber.”

“Tapi pernikahan tu memang betul berlaku. Ye memang benar itu saya. Memang kita buat dekat USJ. Kita buat satu majlis di masjid USJ. Alhamdulillah akad nikah pun berjalan dengan lancar.”

“Mak dan ayah pengantin semua pun ada. Dan juga dengan sahabat handai yang datang.”

Ditanya kenapa pernikahan kali ini seperti nak dirahsiakan, ini jawapan dari Tauke.

“Saya ni dah banyak kali kahwin. Rasa macam kalau kahwin, tunjuk, lepas kahwin tunjuk lagi, rasanya orang akan kata macam dah muak. Nanti orang kata bukan kekal pun kan. jadi saya tak nak macam tu, kita diam-diam saja.”

Kemudian ditanya tentang status dengan isteri pertamanya iaitu Nadia, Tauke berkata Nadia redha dengan pernikahan barunya itu.

“Majlis perkahwinan saya dengan Shu ini dapat restu dan diredhai oleh isteri saya, Nadia. Dia yang beri izin. Syukur mana nak dapat isteri baik macam ni.”

“Shu sekarang ni pun ada datang rumah Nadia, tak ada masalah. Dia dah berjumpa dengan isteri saya bekenalan, mereka pun tak ada apa-apa isu.”

“Yang baru ada, yang lama jangan ditinggalkan. Malah lebih sayang. Kalau tinggal lama nanti tak berkat. Pada saya tak ada isu, nak lebihkan yang mana.”

Ditanya kepada Shu, kenapa rela dimadukan dan berkahwin dengan Tauke.

“Kami pada mulanya berkawan dari rakan sekerja. Dia support saya. Kepada kak Nadia, isteri Tauke, dia pun banyak support saya. Dan dia memang izinkan. Hubungan kami memang okey dan dipermudahkan.”

“I pun busy dengan kerja, abang pun busy dengan kerja dia, apapun semuanya diatas keizinan kak Nad. Takkan saya merampas, kalau nak minta elok, saya pun ada maruah. Parent saya pun okey saja.”

Itulah penjelasan dari Tauke Jambu dan isteri barunya Shu. Tahniah diucapkan.