Peserta Gegar Vaganza 6, Roy masih terlantar di hospital

1,671 views

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Roy, dikatakan sedang terlantar dan masih lagi belum boleh bangun setelah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan lebih kurang tiga minggu lepas.

Melalui satu laporan Harian Metro, hal ini disahkan isteri Roy yang bernama Linda, yang mengatakan bahawa suaminya itu memerlukan masa untuk kembali pulih.

Kata Linda lagi, suaminya mungkin memerlukan waktu lebih kurang beberapa minggu atau bulan. Ini kenyataan dari isteri kepada Roy.

“Roy masih lagi berada di wad KPJ Tawakal Kuala Lumpur di bahagian rehabilitasi. Buat masa sekarang ni, Roy masih tak boleh bangun. Kaki sebelah kiri dan juga tangan sebelah kiri, masih lagi tak boleh bergerak sebab tulang punggung dah retak, manakal tangannya pula patah.”

Penyanyi berumur 57 tahun ini masih belum boleh bergerak, namun dah sedar dan boleh berbicara.

“Keadaan dia dah sedar dan dia dah boleh bercakap. Cumanya doktor ada beritahu yang ianya akan ambil masa, mungkin dalam tiga hingga enam bulan untuk pulih sepenuhnya.”

Peserta Gegar Vaganza yang terkenal menerusi lagu Ratnaku ini dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lepas kerana Roy terjatuh semasa mengambil wuduk untuk bersolat.

Dari pemeriksaan, Roy ditahan dan menerima rawatan di wad setelah mengalami retak di bahagian antara sambungan tulang pinggul. Selain itu, di kawasan sambungan tulang bahu Roy turut retak dan telah lari atau terkehel.

Ini memang satu dugaan buat Roy kerana pada bulan Januari tahun 2021, Roy disahkan dijangkiti Covid tahap empat dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Roy kemudian pulih dan sembuh, serta dibenarkan pulang. Seminggu kemudian Roy kembali meneruskan kerjayanya sebagai busker di sebuah shopping mall di Setiawangsa. Sama-sama kita doakan agar Roy sembuh.