Yasmin Hani dan Shaarin umum perpisahan, bukan lagi suami isteri

9,135 views

Pasangan selebriti Yasmin Hani dan juga Shaarin mengumumkan bukan lagi suami isteri. Pengumuman dibuat petang Jumaat melalui laman media sosial mereka berdua.

Melalui kenyataan ini, Yasmin dan Shaarin secara rasmi telah berpisah dan ianya dipersetujui bersama secara baik.

Malahan walaupun tiada lagi ikatan sah, Yasmin dan Shaarin mengatakan hubungan mereka masih lagi baik.

“Salam semua, Shaarin dan Hani telah pun dapat laksanakan apa yang kami setujui bersama-sama. Kami berdua dah setuju bahawa kami akan start new journey. Perjalanan yang baru dibuat secara berasingan. Namun ianya dalam keadaan yang baik saja.”

Yasmin Hani dan Shaarin turut akan bersama-sama menjaga anak-anak mereka dengan penuh dedikasi.

“Kami juga sama-sama setuju untuk kekal sepakat untuk membesarkan kedua orang cahaya mata kesayangan kami. Dijalankan dengan penuh kasih sayang dan toleransi.”

“Kami masih lagi ada ikatan kerana adanya Noah and Eissa, kami utamakan menjadi ibu bapa. Apapun kami minta ruang dan juga privacy kami untuk dihormati. Mari kita kekalkan vibe yang positif. Syukur kami semua okey dan akan terus kedepan.”

Kedua mereka turut meminta agar semua dapat hormati keputusan yang telah dibuat serta memberi mereka ruang dan privacy.

“Kami amat berharap semua akan dapat beri ruang dan hormati semua keputusan kami ini demi kesejahteraan family dan juga anak-anak kami.”

“Terima kasih kami ucapkan kepada semua doa yang diberikan. Walau kami secara dasarkan telah pun berpisah, kami akan menjadi family yang penyayang dan dengan cara tersendiri akan lebih rapat.”

Itulah kenyataan terkini tentang Yasmin Hani, 42 tahun dan juga Shaarin 45 tahun. Shaarin merupakan abang kepada pelakon dan pemuzik Qi Razali. Shaarin juga merupakan bekas drummer kumpulan Black Rose. Yasmin Hani pula merupakan pelakon dan pengacara terkenal tanah air.