MK K-Clique akhirnya minta maaf

2,365 views

Seorang penerbit filem iaitu Suhaimi Selamat telah memberi pandangan peribadi yang terkilan dengan sikap penyanyi terkenal yang sedang terjun ke dunia lakonan iaitu MK K-Clique.

Suhaimi luah rasa kekesalan kerana MK tidak beri kerjasama untuk promosikan filem lakonannya bertajuk Marabahaya Undergorund.

Filem ini kini sedang ditayangkan di pawagam rumah, Astro First.

Akhirnya ada perkembangan positif apabila MK akhirnya dah post satu video trailer filem berkenaan di Intagram miliknya yang memiliki lebih satu juta follower.

Penerbit filem itu, Suhaimi memberitahu, pihak pengurusan Mk ada memberi penjelasan malah MK pun dah minta maaf di group Whatsapp.

“Dia dah pun mohon maaf kat group Whatsapp dan production crew. Semua pun dah respon kemaafannya.”

Mk tiada menghubungi Suhaimi dan penerbit ini rasa lebih baik Mk contact Cat Farish kerana Cat yang nampak bakat Mk dalam bidang lakonan.

“Saya tunggu juga panggilan dia, tapi tak ada telefon saya, tidak apa, yang penting jelaskan kepada Cat Farish.”

“Lagi baik dia call Cat Farish sebab dia pengarah dan juga penerbit filem ini. Bukan apa, Cat Farish yang dipanggil Papa oleh mereka ini melihat potensi yang ada pada MK walaupun ketika itu follower dia tidak ramai masa itu.”

“Saya bukan nak cari hal, tapi saya ras Mk pun terkejut dengan hal ini. Sebenarnya isu ni dah lama bukan sehari dua, dan semasa perbincangan untuk promosikan filem ini, dia tak datang pula.”

“Tapi apa yang penting, dia pun dah upload video untuk filem ini pada hari ini.”

“Mungkin dia ada pendapatnya tentang isu ini, namun kalau dia rasa wataknya sekadar cameo, boleh saja tanya terus pada Cat Farish.”

“Kalau nak minta bayaran lebih untuk promosi, adalah lebih baik kalau dia beritahu sejak awal lagi agar isu macam ni tak timbul lagi.”

Filem Marabahaya Underground dibintangi Joey Daud, Hazama, Jasmin Suraya, Santesh, Dayana Roza, Scha Elinnea, dan MK K-clique.