Kamal Adli dan Uqasha Senrose selamat bergelar suami isteri

10,058 views

Ini satu berita gembira yang baru diterima sebentar tadi. Pasangan pelakon terkenal tanah air, Kamal Adli, 35 tahun, dan Uqasha Senrose, 29 tahun, telah buat pengesahan bahawa mereka kini merupakan pasangan suami isteri yang sah.

Menerusi satu sidang media, Uqasha dan Kamal bernikah di satu majlis tertutup pada 5 November, bulan lalu.

Mereka berdua dinikahkan oleh bapa Uqasha, Nik Sen Mat Ripin disaksikan oleh jurunikah, Tuan Izzuddin Abdul Mutalib.

Kami sebenarnya dah bernikah pada 5 hari bulan November 2021. Terima kasih.” Itu yang diumumkan Kamal Adli.

Majlis pernikahan diadakan dengan tema taman, dan pengantin lelaki, Kamal Adli  menyerahkan wang tunai RM22 50 sen sebagai mas kahwin.

Kamal juga telah menyerahkan sebanyak tujuh dulang hantaran dan dibalas juga tujuh dulang dari pihak pengantin perempuan.

Dikatakan lebih kurang 100 tetamu yang hadir termasuk keluarga kedua pihak serta rakan artis seperti Michael Ang dan Nina Juren.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli memakai pakaian pengantin putih dari pereka terkenal Shanell Harun ketika bernikah.

Pasangan ini kemudian mengadakan majlis resepsi dan bersanding dengan memakai busana pengantin tradisional rekaan dari Rizman Ruzaini pula. Mereka berdua cantik mengenakan busana berwarna biru itu, bagai pinang di belah dua.

Mereka berdua kemudian memotong kek lima tingkat di depan para hadirin. Majlis diadakan secara tertutup dan semua merahsiakannya tanpa ada sebarang posting di media oleh semua yang hadir.

Gambar pernikahan pasangan ini akan dimuatnaik kelak.

Uqasha merupakan kakak kepada dua lagi pelakon terkenal iaitu Nelydia Senrose dan juga Raysha Rizrose.

Selain itu, pelakon ini juga merupakan sepupu kepada dua lagi pelakon popular iaitu Aprena Manrose dan juga Oktovia Manrose.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan pengantin baru ini. Semoga Uqasha Senrose dan Kamal Adli akan bahagia sebagai pasangan suami isteri.