“Kanser saya hilang” Elyana

9,239 views

Hampir lebih kurang sebelas tahun diri penyanyi ini di diagnosis dengan kanser limfoma, akhirnya kini Elyana menyampaikan satu berita gembira yang diterima.

Dari satu entry di Instagram, Elyana mendedahkan bahawa kanser yang dialaminya telah hilang.

Ini sememang satu berita yang amat baik buat Elyana sekeluarga setelah saban hari menjalani rawatan untuk mengubati penyakitnya itu.

Ini kenyataan dari Elyana tentang hal ini.

“Salam semua, pada hari ini saya ingin memberi satu berita gembira kepada semua. Amat bersyukur sekali. Perjuangan dan penantian saya selama 11 tahun akhirnya membuahkan hasil. Kanser saya dah hilang.”

“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih kerana mendengar doa kami. Tidak dapat saya nak gambarkan perasaan gembira saya ini.”

Elyana akui, dia memang pernah ada rasa mahu giveup, namun dia tetap percaya dengan keajaiban.

“Dah terlalu lama saya tak dapat rasa gembira dengan mempunyai tubuh badan yang sihat. Malah saya pernah ada rasa nak berputus asa untuk berjuang. Saya selalu cemburu dengan kesihatan orang lain. Namun saya amat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Esa.”

Pada tahun lepas, dikatakan kanser Elyana sudah merebak ke beberapa bahagian lain seperti di hati, rahim dan kawasan peha. Malah Elyana turut alami perubahan berat badan yang ketara, ketika itu hanya 35 kilogram saja.

Elyana juga mendedahkan dia dah banyak jalani rawatan termasuk 20 kali rawatan kimoterapi serta 30 kali sesi radioterapi.

Sepanjang berjuang, Elyana sering muatnaik moment ketika di hospital dan bercerita apa yang dilalui olehnya.

Diimbas kembali, Elyana mula bercerita secara umum tentang kanser limfo yang dialami olehnya pada tahun 2017, setelah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ke empat.

Elyana berkahwin dengan suaminya Khairul Anuar Husin pada tahun 2010 dan mempunyai seorang anak kadung, 10 tahun, serta mengambil seorang anak angkat, 2 tahun.