Pertama kali hadiri event bertudung, ramai tak kenal Anzalna

1,396 views

Anzalna Nasir telah tampil buat pertama kali dalam satu event setelah melakukan penghijrahan sejak bulan September lalu.

Pelakon ini menghadiri satu event fesyen iaitu Mercedes Benz Fashion Week Kuala Lumpur 2021.

Isteri kepaa Hanif Zaki akui ini kali pertama dia hadir ke sesuatu event setelah berhijab dan sudah tentu ada perbezaan.

Anzalna akui ketika hadir ke majlis berkenaan, memang ramai yang tak kenal dengan dirinya maklumlah dia memakai face mask apatah lagi dia memang dah lama tak hadiri sebarang event.

Pelakon berumur 33 tahun ini hadir dengan pakaian cantik berwarna hitam hasil rekaan fashion designer hebat, Khoon Hooi. Anzalna juga telah memakai hijab dari jenama Loveta.

“Pertama kali saya hadiri majlis dengan memakai tudung. Ramai juga yang tidak cam dan kenal saya kerana sepanjang malam saya pakai pelitup muka. Lepas itu terdetik rasa risau sebab ada anak kecil di rumah. Terima kasih kepada Khoon Hooi untuk dress cantik dan sopan ini.”

Ternyata penampilan Anzalna itu mendapat pujian ramai. Selain tampil bertudung, pakaian Anzalna juga amat sopan dan sudah tentu cantik. Malah Anzalna juga dipuji sendiri oleg Khoon Hooi.

Kamu sentiasa kelihatan elegan dan saya rasa amat berbangga sebab kamu ada di pertunjukan fesyen.” Itu yang dikomen oleh Khhon Hooi.

Selain itu ramai peminat memuji kecantikkan Anzalna selain meluahkan rasa syukur dengan penghijrahan pelakon ini.

Dalam pada itu, Anzalna juga bercerita tentang tudung Loveta yang digunakannya. Untuk yang tak tahu, Loveta ini merupakan tudung milik syarikat arwah Siti Sarah.

Jelas Anzalna, tudung itu diterima sebagai hadiah dari arwah Siti Sarah dan dia amat menyukainya.

“Berpuluh-puluh tudung Loveta saya dapat dari Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin. Memang best dan saya suka sangat tudung ni sebab senang pakai dan kain pun best. Akan sentiasa sokong anda Loveta.”

Untuk info, jenama tudung Loveta kini diuruskan oleh Makder, isteri kepada Raisuddin yang juga ibu tiri arwah Siti Sarah. Apapun, memang cantik Anzalna pakai tudung Loveta.