Pelakon Nora Danish telah viral kerana beberapa foto yang menunjukkan dirinya sedang mandi di dalam bathtub bersama suaminya, Nedim Nazri.
Gambar ini dimuatnaik di laman Instagram dan laman facebook milik Nora Danish, dan terus menjadi tular sekelip mata.
Rata-rata netizen merasakan bahawa gambar sedemikian adalah kurang sesuai ditayang kepada umum.
Ianya patut disimpan untuk kenangan peribadi saja, antara suami isteri.
Gambar Nora Danish dan suaminya itu diambil ketika pasangan ini sedang bercuti di Dash Box, Langkawi. Dilhat di gambar terdahulu, satu sambutan hari lahir telah diadakan sempena hari jadi Nedim yang ke 38.
JIka dilihat di ruangan komen, memang begitu banyak komen di tulis yang sudah tentu ramai yang menulis komen kurang setuju dengan tindakan Nora Danish muatnaik foto sedemikian.
Dengan umur Nora Danish yang sudah masuk ke usia 39 tahun, rata-rata juga memberi komen agar pelakon ini muhasabah diri semula, dan melihat kembali apa yang dimuatnaik itu, adakah ianya perlu.
“Sudah berumur ini, sudah-sudahlah Nora.” itu antara komen yang diberikan.
Ada juga yang memberi komen bahawa sebagai seorang suami, Nedim turut perlu memaikan peranan.
“Jika suami tak izinkan, semua ni tak jadi.” Komen seorang netizen.
Tak kurang juga ada yang menulis komen sindiran dan sarkastik kepada pelakon ini. Antaranya ialah komen mengatakan Nora sebagai seorang yang pemurah dan selalu belanja.
Ada juga yang mengimbas kembali detik Nora Danish ketika baru khatam Quran ketika musim perintah kawalan pergerakkan yang lalu.
“Teringat semual ketika Nora Danish baru khatam tak lama dulu.” Tulis satu komen sambil muatnaik sekeping foto Nora memakai telekung ketika itu.
Sebelum ini, pemakaian Nora Danish ketika hiking turut menjadi tumpuan, yang mana rata-rata mengatakan ianya tak sesuai.