“Memang ramai nampak kami gembira.. tapi ini soal hati..” Shakila Khoriri

13,714 views

Sebelum ini ramai yang terkejut setelah penyampai radio Surian FM, Fizi Ali mengumumkan dia dan pelakon Shakilla Khoriri sudah tidak lagi bersama.

Kini giliran Shakilla pula membuat kenyataan tentang perpisahannya dengan Fizi Ali. Shakilla akui hal berkenaan dan berkata ianya satu keputusan yang dibuat bersama-sama. Ini komen dari Shakilla Khoriri kepada Harian Metro.

“Saya tahu memang ramai yang nampak kami ni amat happy, gembira dan tak ada bermasalah, cuma sebagai manusia kita reda dengan ketentuan Illahi.”

“Berbohonglah kalau saya cakap tak sedih, kami berkenalana sejak tahun 2013 dan dah kahwin tahun 2018, tiga tahun.”

“Namun begitu saya tetap percaya ketentuan Illahi dan sudah pasti ianya aturan yang lebih baik untuk kami berdua. Apapun tak perlulah nak diperbesarkan sebab memang lumrah perkahwinan. Doa yang kini kami perlukan dari semua pihak.”

Shakilla akui ada yang amat tak sangka dan meminta mereka fikir semula dan kembali bersama.

“Lepas pisah, memang ada yang minta kami berbaik bersama untuk anak kami, Ameena namun ini membabitkan soal hati. Malah, kami dah capai kata sepakat dan buat keputusan untuk berpisah.”

“Penat saya menangis, sampai kering air mata. Tapi perkara ini sudah pun berlaku. Kini kami akan sambung semula kerja dan bergilir menjaga Ameena.”

“Ameena sekarang ini diserahkan kepada saya, namun kami berdua akan bergilir-gilir menjaga Ameena memandangkan jadual kerja sudah padat sehingga Mac tahun depan. Oleh itu tidak timbul istilah berebut anak dan sebagainya.”

Shakilla dan Fizi Ali juga akan menceritakan hal yang sebenar kepada anak mereka apabila waktu yang sesuai. Cumanya sekarang anaknya itu masih kecil lagi.

Melalui laporan Berita Harian, Shakilla tak mahu bercerita tentang punca atau faktor rumah tangganya berakhir.

“Faktor dan puncanya, saya minta maaf. Ianya akan jadi rahsia yang terpendam, saya tak nak cakap apa-apa. Walaupun ia ada kaitan dengan orang lain, tetapi hal ini sudahpun terjadi. Saya rasa cukuplah dengan penjelasan saya ini.”

“Saya anggap faktor yang buat kami berpisah adalah silap dan salah saya dan Fizi. Ia satu proses untuk kami belajar dari pengalaman. Kalau saya atau Fizi jumpa pasangan baru, kami tak akan ulang hal yang sama.”

Itulah kenyataan dari Shakilla Khoriri seperti yang dilaporkan portal Berita Harian.