Ashira GV7 kerja kedai makan, basuh pinggan, ambil order, hantar makanan

3,446 views

Peserta Gegar Vaganza musim ke tujuh iaitu Ashira dan juga Bad dari kumpulan Indigo kini sedang diuji.

Selepas mendirikan rumah tangga, mereka diuji setelah Bad Indigo alami masalah kesihatan diabetes sehingga jari terpaksa dipotong.

Namun kesetiaan seorang isteri menjadi bukti kasih sayang buat Ashira yang sentiasa menjaga suaminya itu. Bagi Ashira, itu semua satu ujian.

“Tak tahu nak cakap apa, ini semua ujian selepas mendirikan rumah tangga. Secara tiba-tiba dia jatuh sakit.”

Ashira juga kehilangan insan tersayang kerana covid apabila ibu tiri pergi buat selamanya. Namun Ashira mahu terus positif dan akan harungi ujian yang diterima.

“Semasa adanya covid ini, saya rasa tak kuat sebenarnya, saya memang jadi down kerana terlalu banyak ujian yang hadir.”

“Namun saya fikir, saya kena kuat, minta serta berdoa agar segalanya akan dipermudahkan kelak.”

Bercerita tentang sumber pendapatan selepas Bad jatuh sakit, Ashira akui dia kini buat kerja sambilan di sebuah kedai makan di Puchong, Selangor setiap weekend.

Ashira juga sempat buat review berbayar di laman media sosial Instagram untuk menambah pendapatan sampingan.

“Saya memang tak ada kerja setelah tamat Gegar Vaganza (GV7) dan kemudian adanya PKP sehingga sekarang, saya memang tiada kerja. Saya buat review dan dapatlah sedikit sebanyak rezeki.”

“Tunggu juga jika ada panggilan untuk persembahan nyanyian tapi masih belum ada rezeki, pada hujung minggu pula, saya kerja kedai makan di Puchong, buat kerja seperti basuh pinggan, ambil order dan hantar order.”

“Struggle tu tidaklah, syukur sangat, alhamdululliah kami semua cukup makan, ada tempat tinggal. Jujur cakap, memang ada insan termasuk rakan-rakan yang membantu.”

Ashira sekali lagi menegaskan, dirinya tidaklah sampai terpaksa untuk bekerja, dan dia juga tak memerlukan bantuan buat masa sekarang dan masih boleh usaha sendiri. Ini luahannya di laman IG.

Untuk info, Bad dari kumpulan Indigo bertemu jodoh dengan Ashira, ketika bersama-sama menyertai rancangan Gegar Vaganza musim ketujuh.