Fizi Ali, Shakilla Khoriri sudah berpisah, kini bukan lagi suami isteri

14,092 views

Satu berita yang agak mengejutkan apabila pasangan selebriti iaitu penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dan pelakon Shakilla Khoriri kini bukan lagi bergelar pasangan suami isteri.

Fizi Ali mengesahkan dia dan Shakilla sudah pun membuat keputusan untuk berpisah setelah tiga tahun membina rumah tangga bersama.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Fizi Ali menerusi satu kenyataan di laman media sosial miliknya hari ini.

“Salam kepada semua. Minta maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang dah terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.”

“Dengan ini secara berat hati, saya mahu memaklumkan bahawa saya dan Shakilla tak lagi bersama sebagai suami isteri dan kami akan membawa haluan masing-masing selepas ini.”

Akan tetapi, priority mereka kini adalah bersama-sama menjaga anak mereka bernama Ameena yang kini berumur 2 tahun.

“Walau kami akan jalani hidup berasingan, kami sama-sama sudah sepakat akan membesarkan Ameena dengan kasih sayang.”

“Kami berjanji Ameena tetap akan rasai segala kasih sayang sepenuhnya dari kami berdua, daddy dan umi.”

“Harapnya semua akan dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh dah tiada, hanya sampai di sini saja.”

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan harap kami akan jalani kehidupan dengan penuh redha selepas ini. Maaf dan terima kasih.”

Itulah kenyataan dari Fizi tentang perkahwinannya dengan Shakilla Khoriri yang telah pun menemui ke penghujungnya.

Untuk info, Fizi merupakan penyampai radio Suria FM, slot team pagi Suria bersama Ajak Shiro dan Suraya Borhan.

Shakilla Khoriri pula merupakan pelakon yang banyak membintangi drama dan antara lakonannya yang diingati ramai ialah sebagai watak antagonis dalam drama Adam Dan Hawa.

Fizi Ali dan Shakilla Khoriri nikah pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Ameena Sofea.