Semua pun dah tahu tentang kisah rumah dua tingkat milik pelawak Ebby Yus yang telah hanyut dibawa banjir beberapa hari lepas.
Namun ada pula mulut tak ada insurance yang mengatakan semua yang terjadi kerana balasan dari Tuhan.
Melihat ada komen sedemikian yang dilemparkan kepadanya, Ebby Yus berkata dia tak kecil hati dan telah memaafkan mereka.
Memang ada tuduhan mengatakan bahawa banjir yang dialaminya sebagai penggiat seni sebagai satu balasan dari Tuhan
Ebby Yus berkata dia terima saja apa pun orang kata, walaupun komen yang kurang enak didengar. Ini komennya kepada portal Berita Harian.
“Kalau itu yang mereka cakap dan andaikan, saya hanya boleh terima sajalah kata-kata mereka. Saya tak simpan dalam hati.”
“Sama ada memang betul mereka berkata dan bermaksud sebegitu atau tidak, apapun saya dah maafkan mereka.”
Selain itu, ada juga yang berkata memang kawasan rumah Ebby Yus yang berdekatan dengan sungai itu satu tempat yang agak berisiko.
Namun jelas Ebby Yus, lokasi kediamannya itu sebenarnya selamat walau ada sungai berdekatan.
“Saya pilih lokasi rumah saya ini agar dapat membina rumah bukan saja sebab suasana yang amat tenang, tetapi tempat ini memang cantik.”
“Benar, memang ada sungai namun ianya bukan sungai yang besar. Lagi pula, sebelum ni saya dah ada tanya kepada tuan punya tanah tentang latar belakang kawasan ini dan dimaklumkan memang lokasi ini selamat.”
“Bagi saya, ini semua takdir yang dah tertulis. Tak perlu nak tuding jari pada sesiapa pun, kalau nak kena, kena jugalah, rumah atas bukit pun boleh kena.”
Bercakap tentang bantuan setelah rumahnya yang bernilai RM200ribu itu hanyut, Ebby berkata dia memang dapat banyak mesej yang mahu membantu.
“Begitu banyak mesej dari rakan artis dan pihak-pihak lain yang melahirkan hasrat nak bantu saya. Jika bantuan itu dari FINAS atau SENIMAN contohnya, saya akan terima sebab mereka ini ada kaitan dengan kerjaya seni saya.”
“Namun kalau dari rakan artis atau secara individu, saya agak keberatan nak terima sebab mereka pun ada tanggungan. Jangan susahkan diri sebab saya. Saya masih okay, selagi makan semua cukup.”
Itu kata-kata dari Ebby Yus atau nama penuhnya Muhammad Yunus, yang kini sudah berumur 56 tahun.