Pelakon Syanie telahpun bergelar sebagai isteri kepada jejaka bernama Zahril Hafiz pada bulan Februari tahun 2021. Ini merupakan perkahwinan kali ketiga buat Syanie.
Jelas Syanie, dia amat gembira dengan perkahwinannya kali ini, dan bersyukur apabila suami dapat menerima dirinya seadanya.
Akui dirinya bukan isteri yang sempurna kerana tak mampu memberi zuriat, suami Syanie tetap menerimanya.
Syanie kini tidak lagi boleh mengandung kerana telah jalani operation, membuang rahim dan juga ovary pada tahun 2020.
“Syukur sangat, memang sekarang saya amat gembira setelah menjadi isteri kepada Zahril Hafiz Muhammad Nor. Semua pun tahu, saya dah menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari pada tahun lalu.”
“Sebelum bernikah, saya pun dah bertanya pada suami samada dia boleh terima diri dan kekurangan saya sebabnya memang saya tak mampu nak memberikannya zuriat.”
“Suami cakap, dia reda kalau tak dikurniakan zuriat dan dia yakin bahawa Allah menjodohkan kami bersebab. Antaranya agar kami dapat sama-sama sayang menyayangi antara satu sama lain hingga ke akhir hayat.”
Syanie juga mendedahkan sebenarnya suaminya itu pun memang pernah mendirikan rumah tangga sebelum berkahwin dengannya namun turut gagal.
“Suami pun sebelum ini ada pengalaman gagal dalam perkahwinan. Dia berstatus duda dan dia pun tiada cahaya mata.”
Bercerita tentang penghijrahan sudah memakai tudung di usia 47 tahun, Syanie berkata suami tak pernah memberi paksaan sebaliknya seorang yang sentiasa menyokongnya.
“Saya ada cakap dengan suami tentang plan saya untuk berhijab. Saya cakap tak pasti lagi bila.”
“Lepas saja bertunang, suami ada tanya tentang plan saya untuk bertudung. Namun masa tu saya cakap belum lagi.”
“Suami ada kata, kalau saya berhijab dan menutup aurat selepas berkahwin, dia akan rasa amat gembira sebab telah mudahkan tugasnya sebagai seorang suami.”
“Akhirnya saya terus ambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya pada hari pernikahan saya dan sampai sekarang ini masih kekal berhijab.”