Intan Liana Saleh kini dah pun berkahwin baru-baru ini. Intan telah bernikah dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Aizam Yahya, seorang penjawat awam.
Majlis pernikahan telah diadakan di Sky Grand Ballroom di Jalan Ampang dan telah berjalan dengan amat lancar dan penuh meriah. Ianya telah dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat serta rakan terdekat saja.
Apa yang buat ramai tertarik ialah perbezaan umur antara mereka berdua. Intan Liana kini berumur 36 tahun manakala, umur Aizam pula ialah 25 tahun. Suami Intan ini jauh lebih muda, 11 tahun lebih muda dari Intan.
Namun begitu, bagi Intan Liana yang mesra dipanggil Bonda, dia berkata perbezaan umur tiada masalah, dan melihat Aizam seorang yang matang dan yang penting amat kasih serta mengambil berat terhadap dirinya dan juga anak-anak.
Intan juga bersyukur keluarga mertuanya menerima dirinya seadanya walau dengan statusnya sebagai ibu tunggal.
“Umur dan usia bukanlah penghalangnya, bagi pendapat saya, sama ada muda atau sebaliknya, ianya belum tentu lagi dapat menjamin kematangan dalam sesuatu perhubungan.”
“Syukur keluarga suami juga dapat menerima kehadiran saya dalam hidup mereka.”
“Kami kenali hati budi tak lama. lebih kurang dalam masa enam bulan saja sebelum ambil keputusan untuk disatukan sebagai suami isteri. Dan sepanjang saya kenalinya, dapat lihat dia ni seorang yang suka melayan anak-anak dan menerima mereka.”
Pasangan ini berkenalan menerusi seorang rakan mereka dan akhirnya menjadi serius.
“Kami telah diperkenalkan oleh rakan kami. Syukur alhamdulillah, hubungan kami berlangsung dengan baik dan masing-masing sudah bersedia ke fasa yang lebih serius.”
Bagi Intan, dia mula terbuka hati menerima Aizam setelah melihat cara jejaka berkenaan melayan anak-anak. Memang hubungan seseorang lelaki dengan anak-anak sesuatu yang amat penting dalam sesuatu perhubungan dan ciri ini memang Intan utamakan.
“Apa yang paling penting ialah hubungan suami dengan anak-anak saya. Juga amat penting ialah masing-masing tahu dengan tanggungjawab selepas bergelar suami isteri.”
Intan juga mendedahkan Aizam ni seorang yang pemaaf dan selalu mengalah. “Sepanjang berkawan, boleh kata hampir setiap hari sebelum tidur, dia akan cakap pada saya untuk mohon maaf.”
Sebelum ini, Intan Liana Saleh pernah menjadi viral setelah perkahwinannya dengan pemuzik, Ude Wahid berakhir setelah Ude berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda. Sepanjang berkahwin dengan Ude Wahid, Intan Liana mempunyai dua orang anak lelaki.