Semalam di pentas Gegar Vaganza, salah seorang juri iaitu bonda Hetty Koes Endang, mempunyai dua buah lagu yang dinyanyikan oleh peserta.
Nikki menyanyikan lagu Rindu manakala Adibah Noor mempersembahkan lagu Berdiri Bulu Romaku.
Persembahan dari Nikki ternyata menjadi apabila mendapat markah tertinggi, namun berbeza dengan Adibah Noor, yang buat pertama kali menerima markah yang rendah.
Adibah Noor cuba menukar rentak lagu berkenaan kepada bentuk dikir barat, namun ianya tidak berapa mengena.
Ketika selesai saja Adibah Noor membuat persembahan, Hetty Koes Endang terus naik ke atas pentas dan mengajar dua peserta yang menyanyikan lagunya.
Malahan Hetty Koes Endang turut bersama menyanyi disamping iringan band.
Sememangnya suasana ketika itu agak havoc dan para penonton terhibur melihat gelagat Hetty Koes Endang, yang sanggup naik pentas untuk ajar dan memberi komen kepada peserta.
Namun tak semua suka dengan telatah berkenaan, menerusi satu komen, penyanyi terkenal Datuk Hattan ada memberi pandangan yang dilihat berkait rapat dengan hal berkenaan.
Kata Datuk Hattan, adalah lebih baik untuk ajar seseorang peserta di belakang pentas bukannya semasa live.
Ini tulisan dari Datuk Hattan yang dibuat di laman Facebook miliknya.
“Juri jikalau mahu mengajar bukanlah ketika sedang live. Boleh mengajar peserta dengan berjumpa mereka di belakang pentas. Sikit-sikit sudahlah.”
Pandangan dari Hattan itu menerima pelbagai reaksi dari orang ramai. Ada yang setuju mengatakan ianya agak berlebihan.
Namun ada juga penonton yang terhibur dan suka dengan cara dari Hetty Koes Endang itu memberi komen.
Gegar Vaganza musim kelapan ini menyaksikan ada tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, bonda Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz. Setiap minggu, akan ada juri jemputan yang dijemput dan antara yang pernah hadir ialah Datuk M Nasir, Jennifer Thompson, Datuk Tarmimi Siregar, Dato Shah Rezza dan Datuk Yusof Haslam.