“Kenapalah saya buat macam tu” Akhirnya Adibah Noor sendiri komen persembahannya

9,209 views

Nama Adibah Noor terus jadi bualan ramai setelah cubaannya merubah lagu Hetty Koes Endang berjudul Berdiri Bulu Romaku, kepada dikir barat tidak menjadi.

Persembahannya itu memakan diri, apabila Adibah Noor menerima markah yang rendah, buat pertama kali masuk ke botton three.

Markah Adibah Noor hanya lebih baik dari kumpulan Saya dan Bandi, yang telah tersingkir.

Melihat dari komen para penonton, memang ramai yang agak hampa apabila menonton persembahan Adibah Noor.

Maklumlah memang harapan yang tinggi untuk melihat persembahan Adibah Noor apatah lagi penyanyi ini antara yang sering memberi persembahan yang memukau di pentas Gegar Vaganza.

Akhirnya tuan punya badan iaitu Adibah Noor sendiri memberi komen tentang nyanyiannya itu.

Adibah Noor akui dia telah pun menonton semula persembahannya pada malam itu, dan memang jelas ianya satu persembahan yang kurang baik.

Ini komen dari Adibah Noor: “Tak ada salahnya elemen dikir barat. Yang tersasar jauh ialah interpretasi dan nyanyian saya, memang sampah.”

“Saya tengok balik persembahan itu pun, saya tepuk dahi. Mengapalah saya buat seperti itu.”

“Memang teruk sangat guys, I deserved it. Sorry sangat, kita cuba lagi minggu depan.”

Adibah Noor bersyukur masih lagi diberi peluang untuk bertanding di minggu hadapan.

“Syukur Alhamdulillah masih ada peluang untuk saya, insyaAllah. Terima kasih di atas semua komen maklumbalas, semua kasih sayang dan kata-kata semangat yang diberi kepada saya. Kita jumpa Ahad depan ya.”

Di malam itu, Hetty Koes Endang buat pertama kalinya, naik ke atas pentas selepas habis nyanyian Adibah Noor dan kemudian menyanyikan sedikit lagunya itu dengan melodi asal. Antara komen Hetty ialah boleh untuk ubah lagu tetapi kenalah jadi lebih baik.