“Pelik, lemau tengok” Ramai kecewa dengan Adibah Noor, sampai ‘bottom three’

6,863 views

Persembahan Gegar Vaganza minggu ke tujuh semalam menyaksikan buat pertama kalinya Adibah Noor mendapat markah antara tiga yang terendah.

Adibah Noor mendapat markah 56 markah saja, di atas dua peserta lain iaitu Saya dengan 54 dan Bandi menerima markah terendah dengan 53 saja.

Sememangnya cubaan Adibah Noor untuk menukar lagu yang diberi, kurang berjaya.

Adibah Noor telah menukar lagu Berdiri Bulu Romaku, nyanyian Hetty Koes Endang kepada dikir barat, akan tetapi ianya kurang menjadi.

Para penonton bersetuju dengan markah juri, apabila rata-rata mengatakan kali ini nyanyian Adibah Noor itu kurang sedap didengari berbanding versi original, yang lebih catchy.

Ini antara komen penonton tentang persembahan Adibah Noor.

Noh Afiqq menulis: “Kekadang ada lagu tidak boleh nak diubah terus macam lagu ni. Aura dia dah kuat. Jadi apabila ubah jadi macam persembahan Adibah tadi, orang tengok pun lemau je.

Ada beberapa juga penonton mengatakan nyanyian Adibah malam tadi memang sumbang dan agak over confident.

“Agak sumbang. Nampak macam dah over confident. Memang tak masuk. Patut dia buat intro saja, bukan tukar semua.”

Pengguna bernama Tobbyme pula menulis: “Ye lah, tak best jadinya. Patut tidak perlu banyak sangat diubah lagunya tu.

Purply Honey memberi pendapat: “Maaf kak Adibah Noor. Macam sepi malam tadi apabila dibuat cara dikir. Semua muka pun jadi pelik.”

Juri dan pemilik lagu iaitu bonda Hetty Koes Endang berkata, boleh dibuah sesebuah lagu, tetapi jikalau lagu itu jadi lebih sedap.

Sebelum ini, Adibah Noor antara peserta yang favorite untuk layak masuk ke final malah pernah mendapat markah yang paling tinggi iaitu di minggu ke empat membawa lagu Jika.