Ada hubungan dengan ahli politik berpangkat Datuk, ini jawapan Maya Karin

3,032 views

Pelakon popular, Maya Karin kini hidup single setelah berpisah dengan bekas suaminya, warganegara Britain bernama Ali atau Steven David Shorthose, pada tahun 2010. Hanya dua tahun saja perkahwinan mereka bertahan.

Di usia 42 tahun ini, ramai yang tertanya adakah Maya Karin ada menjalni hubungan dengan seseorang. Ini termasuklah ura-ura mengatakan pelakon ini sedang mengenali seorang individu berpangkat “Datuk”.

Menerusi laporan Utusan, apabila diajukan soalan tentang hubungannya dengan individu tersebut, Maya Karin membuat kenyataan menafikan mereka ada hubungan istimewa.

Maya Karin memberitahu, dia dan individu berkenaan, yang turut merupakan orang politik, hanya berkawan baik, bukannya ada yang special seperti tanggapan sesetengah pihak.

“Ya, memang benar kami amat rapat. Namun ianya bukanlah seperti yang didakwa. Kami berdua ini hanya berkawan baik saja.”

“Sebenarnya, saya ada ramai kenalan orang politik. Oleh itu, saya tidak faham macam mana dakwaan macam ini boleh timbul.”

Tentang kisah peribadi dan perkahwinan, Maya Karin akui dia masih lagi terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga di masa akan datang.

Tetapi, buat masa sekarang ini, dia tak ada rasa tekanan untuk kea rah itu dan lebih selesa untuk menambah kenalan.

“Sudah tentunya saya masih ada keinginan untuk berumah tangga. Namun di waktu sekarang ini, saya hanya tambah lebih ramai kenalan saja dulu. Mahu luangkan lebih banyak masa, jumpa kawan-kawan baru walaupun dulu saya rasa tak ada keperluan. Sebab saya segan.”

“Berlangsungnya perintah kawalan pergerakan sebelum ini merupakan masa yang baik untuk saya mengenali lebih ramai orang dan dapat tambah jaringan sosial. Apapun, masa sekarang ini tiada tekanan untuk berkeluarga semula.”

Tentang perkembangan terkininya, Maya Karin akan tampil dengan filem baru berjudul Telaga Suriram arahan Osman Ali yang turut menampilkan beberapa pelakon hebat lain seperti Farid Kamil, Scha Alyahya dan Nabila Huda.