Ramai yang tanya bila nak kahwin, ini jawapan Raysha Rizrose

5,613 views

Apabila dua orang kakak sudah berkahwin, pelakn Raysha Rizrose kini menjadi tumpuan orang ramai yang bertanya selepas ini adakah gilirannya, dan bertanya bila akan berlasngsung.

Dua kakaknya iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose telah pun selamat berkahwin dengan pasangan masing-masing.

Nelydia bernikah dengan Hafiz Halimi pada tahun 2019 manakala Uqasha baru saja menamatkan zaman bujang dengan pelakon Kamal Adli.

Maka kini semua tertumpu kepada Raysha Rizrose yang sudah berumur 26 tahun.

Menerusi laporan Utusan, Raysha Rizrose mengaku dia memang kurang selesa apabila ada yang bertanya soalan berkenaan.

Secara jujurnya, memang tipulah kalau tak rimas.” Kata Raysha sambil tertawa.

“Apapun saya ambil yang positif dari pertanyaan orang tentang saya untuk ke fasa serius, fasa seterusny, bagi saya itu merupakan satu doa.”

“Di waktu yang sama, saya tidak mahu ada rasa tertekan tentang soal bila nak kahwin ini. Bagi saya, ianya tak perlu terburu-buru. Bila sudah bersedia, boleh jadi bila-bila masa saja.”

Raysha Rizrose dikatakan sedang mengenali jejaka bernama Nabil Jeffri, yang juga dikenali sebagai seorang pelumba kereta.

Tentang hubungannya dengan jejaka berkenaan, Raysha memberitahu memang ada berbincang antara mereka berdua.

“Sekiranya ada plan nanti tak jadi pulak. Menipulah jika dalam sesuatu hubungan tak pernah bincang tentang soal itu. Namun, hanya berbincang setakat macam itu sahaja, Insyaallah.”

Itulah komen Raysha apabila ditanya tentang soal perkahwinan.

Sedikit tentang perkembangan dunia seni, Raysha akan tampil dengan naskah terbaru, satu drama bersiri sebanyak 10 episod berjudul Ex Aku Pontianak, yang bermula tayangan di Astro Ria pada minggu depan.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam drama ini selain Raysha Rizrose ialah Elizabeth Tan, Ikmal Amry, Alicia Amin dan ramai lagi.