Persembahan semi final Gegar Vaganza musim ke lapan telah berlangsung semalam. Rata-rata peserta telah memberikan persembahan yang amat mantap.
Namun akhirnya dua peserta tersingkir setelah menerima markah terendah. Dua peserta berkenaan ialah Ani Mayuni dan Shidee. Seramai enam peserta layak ke peringkat akhir iaitu Aweera, Nikki, Alif Aziz, Adibah Noor, Suki dan Azan Scan.
Penyingkiran Shidee dan Ani Mayuni menerima pelbagai respon dari para penonton dan orang ramai.
Sebaik saja nama mereka berdua diumumkan tidak berjaya ke final, ada pihak yang kurang berpuas hati dengan keputusan berkenaan.
Antara yang paling jelas ialah komen-komen di sosial media yang rata-rata mengatakan bahawa persembahan Ani Mayuni amat baik pada malam itu dan tidak patut tersingkir.
Ani Mayuni menyanyikan dua lagu secara medley iaitu lagu Sumpah nyanyian Aina Abdul dan Let’s Get Loud nyanyian asal dari Jennifer Lopez.
Ternyata penonton menyukai persembahan Ani Mayuni dan berpendapat dia lebih baik dari beberapa peserta lain pada malam tadi.
“Kesiannya Kak Ani, lebih baik dari beberapa penyanyi lain yang dapat masuk final. Tak adil betul rasa.” Itu antara komen dari netizen.
“Ingatkan kejutan tiada penyingkiran, tapi Kak Ani memang nyanyi sedap malam tadi, tak ada rezeki.” Komen seorang lagi penonton.
Ada juga mengatakan Ani Mayuni merupakan peserta yang paling banyak diberi lagu pelabagai genre dan berjaya membawa dengan baik.
Penonton juga berasa pelik serta kecewa dengan keputusan di semi final itu kerana Ani Mayuni telah buat yang terbaik, namun ternyata tetap gagal mara ke peringkat akhir.
“Dah buat all out, nanyi best pun tak dapat masuk final.” Itu antara luahan dari penonton.
Di minggu depan, enam peserta akan bersaing merebut takhta menjuarai rancangan Gegar Vaganza musim ke lapan. Peserta dikehendaki menyanyikan tiga lagu iaitu lagu solo, lagu duet dan juga lagu rap.