“The best yang saya tengok” Tok Ram bagi markah yang tinggi battle rap Suki dan Nikki

7,441 views

Antara persembahan yang amat menarik malam tadi ialah persembahan battle lagu Gangnam Style nyanyian Suki dan juga Nikki Palikat.

Kedua mereka ternyata mengagumkan para juri termasuk Joe Flizzow, dan Datuk Syafinaz. Malah hal ini turut diakui sendiri oleh Datuk Ramli MS.

Kata Tok Ram, memang persembahan batlle Nikki dan Suki itu berjaya memungut markah yang tinggi.

Malahan, markah untuk segmen itu lebih baik dari markah yang diterima oleh Aliff Aziz. Ini komen dari Tok Ram.

“Aliff Aziz menang kat bahagian segmen solo dan duet. Semasa dia rap di segmen battle, dia tak dapat lawan Suki dan Nikki.”

“Walau Aliff battle good tadi, tapi memang tak boleh lawan. Suki dan Nikki punya rap malam tadi tersangat bagus.”

“Suki dan Nikki memang kalah dengan Aliff Aziz di segmen nyanyi lagu solo dan duet. Memang saya sangat suka both Suki dan Nikki punya battle.”

Kata Tok Ram lagi, apa yang dipersembahkan oleh kedua penyanyi itu seperti satu kumpulan penyanyi.

“Ianya tak nampak macam battle. Nampak kolaborasi macam satu group. Saya rasa the best yang saya tengok sepanjang Gegar Vaganza untuk segmen battle.”

“Memang mereka berdua nampak bersaing antara satu sama lain, tapi memang jelas silaturahim dalam erti good television, memang positif. Memang ada good TV, itu susah nak buat tau.”

“Saya bagi mereka berdua point yang sangat tinggi, tapi tidak di bahagian solo. Aliff memang beri persembahan yang lebih baik.”

Di segmen battle, Suki dan Nikki menyanyikan lagu Gangnam Style (PSY) , Aliff Aziz dan Aweera menyanyikan lagu Bangun (Aman Ra) manakala Adibah Noor dan Azan Scan mempersembahkan lagu Kami Rappers (4U2C).