Aliff Aziz juara Gegar Vaganza musim kelapan, ini keputusan penuh

33,979 views

Rancangan nyanyian kegemaran ramai iaitu Gegar Vaganza musim ke lapan telah pun menutup tirainya pada malam tadi.

Konsert final Gegar Vaganza musim kelapan, telah berlangsung malam tadi dengan menyaksikan enam peserta membuat persembahan terakhir mereka setelah 10 minggu bersaing.

Finalis Gegar Vaganza musim ini ialah Suki, Aweera, Adibah Noor, Nikki, Azan Scan, dan Aliff Aziz.

Kesemua peserta diberi tugas membawa sebuah lagu solo dan kemudiannya berduet dengan pasangan yang telah ditetapkan kepada setiap peserta. Kemudian ada juga segmen battle yang mana para peserta akan menyanyikan lagu bergenre rap.

Para penyanyi diadili oleh juri professional diketuai Datuk Ramli Ms, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap Joe Filzzow.

Setelah tamat semua peserta membuat persembahan, akhirnya Aliff Aziz telah dinobatkan sebagi juara Gegar Vaganza musim kelapan.

Beliau menyanyikan lagu solo berjudul Sampai Syurga, dan berduet Hafiz Suib dengan menyanyikan lagu Dealova.

Persembahannya dipuji oleh juri yang memberi komen persembahan memang amat mantap, dan tiada sebarang bantahan jika Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara.

Beliau telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi tajaan Gegar Vaganza.

Tempat kedua pula diduduki Nikki Palikkat membawa hadiah RM50 ribu, yang menyanyikan lagu Terasing dan Mengapa.

Podium terakhir diisi oleh Suki Low membawa pulang wang tunai RM30 ribu, yang menyanyikan lagu Titanium dan Jera.

Seterusnya tempat keempat, kelima dan keenam diduduki oleh Adibah Noor (RM20 ribu), Azan (RM15 ribu) dan juga Aweera (RM10 ribu).

Boleh dikatakan persembahan final kali ini memang amat sengit antara tiga penjuru iaitu Aliff Aziz, Suki dan juga Nikki. Dari komen, memang ketara semua juri memilih tiga peserta berkenaan antara calon juara.

Apa yang menariknya, para juri turut memberi persembahan di pentas final dengan membawa lagu Kisah Hati nyanyian asal dari Datin Alyah dan juga lagu Malam Ini Kasih nyanyian asal bonda Hetty Koes Endang.

Apapun, sekali lagi tahniah diucapkan buat Aliff Aziz dan semua pemenang.