Dato Ramli MS, Dato Syafinaz dedah punca Aweera dapat tempat terakhir di final

29,385 views

Final Gegar Vaganza musim ke lapan telah pun tamat malam tadi. Setelah semua peserta memberikan persembahan yang terbaik, akhirnya pemenang telah diumumkan.

Di pentas akhir, memang jelas persaingan yang amat sengit antara tiga peserta iaitu Aliff Aziz, Nikki dan juga Suki.

Ketiga-tiga mereka memberikan persembahan yang amat mantap membuatkan ramai tak dapat meneka siapakah juara.

Akhirnya Aliff Aziz diumumkan sebagai pemenang diikuti Nikki dan Suki.

Namun begitu apa yang agak mengejutkan ialah keputusan yang memperlihatkan penyanyi bersuara rock iaitu Aweera hanya mempu mendapat kedudukan ke enam saja.

Ditanya tentang kenapa Aweera hanya mampu mendapat tempat terakhir di pentas final, ini jawapan dari pihak juri.

Dato Ramli Ms memberi sebab pemilihan lagu yang tak sesuai punca utama point Aweera agak rendah pada malam tadi.

Aweera menyanyikan lagu solo berjudul Begging dan lagu Sepi berduet dengan Liza Hanim.

“Yang pertamanya, pemilihan lagu adalah salah. Terutamanya lagu duet dia. Lagu duetnya itu patutnya lagu perempuan.”

“Bila tengok pasangan duet dia ialah perempuan, akan ada masalah besar dari segi range. Lagu tu memang lagu perempuan. Dia pula duet dengan perempuan, tapi kalau dia menyanyi dengan lelaki, akan okey.”

“Lagu duet itu dia meamng tak dapat sampaikan dan persembahkan dengan begitu baik.”

“Kemudian dia pun ada masukkan jiwa rock tu dalam lagu ballad tu, bagi saya salah rumah lah.”

“Bagi lagu solo iaitu lagu Begging, hanya biasa-biasa saja. Di segmen battle rap pula, memang ada peserta lain yang lebih baik dari Aweera. Sebulat suara memang pihak juri memberikan dia markah yang rendah.”

Sementara itu, Datuk Syafinaz pula menyatakan Aweera tidak dapat memberi apa yang juri harapkan dan bersetuju dengan komen Tok Ram.

“Saya rasa kekalahan dia pada malam ini, bukan maksud dia tak bagus, namun persembahan dia pada malam ini yang tak capai apa yang kami inginkan.”

“Pilihan lagu memang tak sesuai. Lagu Begging pun tak nampak apa kelebihan dia. Ada isu dengan diction dan expression kat situ.”

“Untuk lagu duet Sepi, lelaki dengan perempuan memang susah. Ianya sangat susah. Dalam rap pula tadi, memang dia struggle.”

Itulah komen dari pihak juri tentang mengapa Aweera hanya mampu mendapat tempat keenam di Gegar Vaganza musim ke lapan.