Anak tak sangka rupanya Pian Cecupak ada pusat tahfiz, habiskan detik akhir jaga ibu

4,963 views

Pelawak Pian Cecupak telah pun pergi buat selamanya malam semalam. Setelah pemergian yang ditangisi ahli keluarga, anak kepada arwah Pian menerima satu berita yang dia sendiri tak sangka-sangka.

Anak arwah Pian, Nuraina memberitahu, dia ada menerima satu nombor telefon setelah pemergian bapanya itu. Setelah dia hubungi, rupanya itu nombor itu merupakan satu pusat tahfiz.

Sebelum ini, arwah Pian ada berpesan kepada anaknya itu, agar jaga dan uruskan pusatu tahfiz miliknya, dan ternyata ianya memang betul, bukannya hanya gurauan.

“Abah ada mesej saya cerita tentang pusat tahfiz dia. Dia ada minta saya jaga sekiranya dia dah tiada, abah memang selalu cakap perkara tu pada saya.”

“Saya tak fikir apa pun, lepas tu dia ada cakap janganlah anggap dia gila, ternyata rupanya benda tu memang betul dia ada buat.”

“Baru saja saya dapat contact number pusat tahfiz berkenaan, saya pun tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz, cumanya memang dia ada cakap suruh uruskan pusat tahfiz berkenaan.”

“Sejujurnya saya pun belum tahu lokasinya kat mana, lepas selesai uruskan jenazah abah, baru saya pergi uruskan hal melibatkan pusat tahfiz berkenaan.”

Nuraina juga meluahkan rasa terkilan kerana tak sempat menyampaikan berita baik kepada arwah ayahnya itu, bahawa dia baru saja disahkan hamil anak kedua.

“Patut hari Sabtu ni nak keluar makan dengan abah, tapi masa tu dia kata dia ada hal, tak boleh. Tidak disangka-sangka, memang betul-betul dia tiada.”

“Tak sempat saya nak cakap pada abah bahawa saya sedang mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu.”

Selain itu, abang kepada Pian Cecupak iait Mohd Daud memberitahu, detik-detik akhir hidup Pian, arwah banyak menabur jasa kepada ibunya, Zainon Saidin yang dah berumur 72 tahun.

“Arwah Pian jaga emak dari pagi sampai malam, itu satu kelebihan yang tak ada pada saya. Dia sediakan makanan untuk emak walaupun kadangkala dia sendiri pun tiada wang.”

“Amalan inilah yang membuatkan dia disayangi Allah sekali gus memudahkan perjalanannya ke sana.”

Sama-sama kita doakan buat allahyarham Pian Cecupak atau nama penuhnya Mohd Rafik Abdul Rahman.