“We did it..” Ayda Jebat dan suami beli bungalow tiga tingkat

6,628 views

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat sedang meniti jambatan bahagia bersama suami tercinta, Nabil Mahir.

Kini mereka berdua sudah pun menyambut anniversary yang pertama. Sudah tentu, untu sambutan ulang tahun perkahwinan yang pertama ini, ianya mahu diraikan dengan satu ingatan yang kekal sampai bila-bila.

Oleh itu, sempena anniversary pertama ini, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah membeli sebuah bungalow.

Pasangan ini membeli sebuah bungalow yang mempunyai tiga tingkat, satu rumah yang amat besar, luas dan selesa.

Ayda dan Nabil masing-masing ada membuat hantaran setelah berjaya memiliki rumah barunya itu.

We did it, kami dah beli rumah baru. Rezeki tak salah alamat.” Tulis Nabil Mahir di Instagram.

Ayda pula menulis: “Hadiah anniverssary, alhamdulillah semua kerja keras membuahkan hasil.

Kata mereka berdua, rumah itu merupakan rezeki anak. Ini komen dari Ayda.

“Syukur alhamdulillah, sempena ulang tahun perkahwinan pertama pada tarik 1 Januari, kami berdua telah hadiahkan rumah ini kepada diri kami sendiri.”

“Rezeki telah datang secara mencurah sejak sebelum berkahwin. Kami kerja keras siang malam, dan kami akhirnya berjaya beli rumah yang kami idamkan. Ini juga merupakan rezeki anak kami iaitu Ana Nayla.”

“Hasil doa oleh ibu bapa kami, semua sahabat dan peminat yang selalu saja sokong, semuanya telah dipermudahkan. Saya amat syukur kepada Allah yang mengurniakan rezeki tidak putus-putus pada kami suami isteri.”

Ditanya tentang harga rumah berkenaan, Ayda memilih untuk tidak bercerita tentangnya.

“Tentang soal harga rumah ini, biarlah kami simpan. Yang pentingnya, semuanya amat berbaloi setelah melihat rumah sendiri tersergam indah di depan mata kami ini.”

“Sebelum kahwin memang banyak rezeki dikurniakan, amin, dan selepas bernikah pun kerjaya berjalan lancar, amin. Walaupun adanya perintah kawalan pergerakkan, masih dapat kerja, sangat bersyukur.”

“Rezeki anak juga telah menjadikan segalanya berjalan lancar termasuk memiliki rumah ini.”

Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah bernikah pada tarikh 1 Januari 2021 dan mendapat cahaya mata pertama pada bulan September yang diberi nama , Ana Nayla.