“Saya tetap dengan pendirian saya, itu cara saya jaga anak” Elly Mazlein

48,032 views

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein baru saja menimang cahaya mata pertama dengan suami barunya iaitu cikgu Azlan.

Anak keduanya merupakan anak lelaki yang diberi nama Haider Mateen, yang dilahirkan pada bulan Oktober 2021.

Di usia anaknya yang dah masuk 5 bulan, Elly Mazlein mempunyai prinsipnya sendiri iaitu tak mahu mendedahkan wajah anaknya itu.

Memang ramai peminat yang tak sabar nak tengok wajah anak kedua Elly Mazlein itu, tetapi Elly bertegas dan berpendirian tetap, mahu menjaga privacy anak-anaknya.

Anak pertamanya, Puteri Sara Sefhia pun memang jarang dimuatnaik di laman media sosial.

Jelas Elly Mazlein dia tetap dengan pendiriannya itu dan memang tak berapa selesa nak tayang wajah anak-anak.

“Biarlah, saya memang tetap dengan keputusan saya ini. Bagi saya, setiap ibu bapa ada hak mereka tentang cara nak membesarkan anak. Ini merupakan cara saya.”

Tentang penerimaan anak sulung Sefhia terhadap kehadiran Haider dalam keluarga, si kakak sebenarnya amat gembira dan bahagia.

“Sefhia sekarang memang sangat seronok sejak ada adik ni. Dialah yang paling sibuk nak selimutkan dan selalu je nak cium adiknya. Kalal saya balik kerja di waktu malam, saya tengok bukan main lagi Sefhia sedang memeluk adiknya itu. Beruntung betul Haider sebab dapat kakak yang penyayang.”

Mempunyai anak kecil, Elly Mazlein dilihat masih lagi aktif dalam dunia seni. Katanya dia tetap memilih job tetapi bukannya memilih sangat.

“Saya amat teruja sebab dapat kembali bekerja macam dulu. Namun dengan keadaan anak yang masih kecil, saya agak memilih, tetapi taklah keterlaluan sangat.”

“Hanya tawaran yang sesuai dengan jadual baru saya pilih. Kami pun ada pembantu yang di upah untuk mengasuh anak semasa saya keluar kerja.”

“Abah saya pun ada tinggal dengan saya. Suami saya pun cikgu, kalau saya sibuk, suami habis kerja dah ada dir umah jaga anak.”

Elly Mazlein senang hati dan tak ada kerisauan untuk meninggalkan anak kecil untuk keluar bekerja kerana ada ahli keluarga yang memantau.