Sharifah Sakinah sah isteri kepada Michael Hansen, komen Sharifah Shahira jadi tumpuan

14,596 views

Nampak nya tanda tanya tentang status pelakon terkenal tanah air, Sharifah Sakinah dengan jejaka warga Sweden iaitu Michael Hansen telah pun terungkai.

Sharifah Sakinah, 32 tahun, mengumumkan dirinya kini sah bergelar isteri kepada Michael Hansen, 42 tahun.

Pelakon ini mengumumkan perkara berkenaan melalui satu post di laman Instagram miliknya malam semalam.

Namun Sahrifah Sakinah yang lebih dikenali dengan nama Kinah, tidak ada mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya dengan Hansen.

Jelasnya lagi, ada beberapa sebab dia memilih untuk tidak mendedahkan perkahwinan nya itu dan antaranya ialah faktor agama dan juga faktor peribadi.

“Oleh kerana ramai bertanya, yes betul, kami sudah berkahwin. Kepada mereka yang tertanya mengapa kami tak bercerita tentang perkahwinan ini, ianya disebabkan isu peribadi dan juga hal agama.”

“Kini kami dah pun bersedia untuk mendedahkan hal ini. Jadi tak payah dah nak tanya lagi okay. Terima kasih semua.”

Sharifah Sakinah memilih untuk membuka cerita tentang perkahwinannya dengan Michael Hansen sempena anniversary yang pertama pusat kecergasan yang ditubuhkan oleh pasangan ini.

Mereka telah membukan pusat kecergasan untuk wanita dinamakan Hemmafit, yang mendapat sambutan yang hebat.

“Happy first anniversary untuk Hemmafit.Teringat balik ketika mula start dulu, ianya dikenali sebagai Fitness Sakinah dengan niat nak tolong orang, saya buat kelas tanpa sebarang caj pun.”

“Ketika PKP, ramai yang kerja dari rumah, dan ahli makin bertambah, dan Hemmafit telah ditubuhkan.”

Ada modal, ada alat-alat, coach serta pakar nutrisi dan commitment dari saya sendiri. Thanks kepada partner saya dalam Hemmafit yang juga suami saya atas semua sokongan, sejak hari pertama kelas bersama.”

Apa yang menariknya ialah komen dari kakaknya iaitu Sharifah Shahirah. Penyampai radio ini ada menulis memuji kekacakkan adik iparnya itu.

“Nasib baiklah suami handsome. Teringat pula ada iklan tu kata, tak kaya takpe janji handsome. Eh terbalik ke.”

Celoteh dari Sharifah Shahirah itu menghiburkan ramai netizen lain.

Untuk info, Sharifah Sakinah sebelum ini bertunang dengan Michael Hansen pada tahun 2020. Apapun, selamat pengantin baru buat Sharifah Sakinah dan juga Michael Hansen.