Tahniah, Usop sah bergelar suami kepada Teha

7,250 views

Jutaan tahniah diucapkan buat penyanyi Usop, 24 tahun kerana telah pun selamat bergelar suami kepada wanita cantik, Nur fatihah pada hari Jumaat yang indah ini.

Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan secara tertutup di sebuah kompleks di Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Akad nikah berlangusng dengan lancar dengan wali bapa kepada pengantin perempuan dan saksi dari abangnya.

Pihak pengantin lelaki memberi hantaran sebanyak tujuh dulang manakal pihak wanita memberi Sembilan dulang. Dilaporkan, mas kahwin sebanyak RM3 ribu manakala turut diberi gelang tangan.

Tentang majlis resepsi, pada malam ini akan diadakan untuk pihak perempuan, manakal untuk resespsi dari pihak Usop, akan diadakan pada 13 Februari di Kedah.

Ini komen dari pihak pengantin lelaki, Usop.

“Saya nak ucap terima kasih kepada semua family kedua-dua belah pihak serta kesemua mereka yang terlibat untuk jayakan majlis pernikahan ini.”

“Walau usia saya masih muda, namun saya harap dapat beri bimbingan serta menggalas tanggungjawab sebagai suami dengan baik. Saya akan beri yang terbaik buat Fatihah.”

Usop turut melafazkan janji akan menjaga isterinya itu: “Janji saya kepada family, akan pastikan ikatan ini berkekalan.

Tentang soal cahaya mata, Usop berkata dia dan isteri tidak akan terburu-buru.

“Tentang zuriat saya dan isteri tak akan terburu-buru malah saya akan serahkan kepada rezeki. Jika masa yang tepat, ianya akan tiba kelak.”

“Sekarang fokus saya ialah kami berdua, nak bina kehidupan bersama terlebih dulu. Saya nak Fatihah bahagia dengan saya.”

Pasangan ini telah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Fatihah yang lebih mesra disapa Teha, bekerja sebagai pentadbir di sebuah syarikat selain turt berniaga secara online.

Tahniah buat Usop dan juga isterinya Fatihah. Selamat pengantin baru.