“Terima kasih keluarga mertua” Erin, bekas isteri Dai Farhan, dah kahwin jejaka muda?

9,389 views

Setelah membuka tudungnya, nama Erin yang juga merupakan bekas isteri kepada pendakwah Dai Farhan, kini sering menjengah di bibir netizen.

Ramai yang terkenang kembali episode perkahwinannya dengan Dai Farhan yang pernah tular kerana pendakwah berkenaan mengatakan Erin merupakan wanita yang mempunyai aura setelah beberapa kali menolak beberapa wanita untuk berkahwin.

Hubungan mereka tak berkekalan dan akhirnya berakhir pada tahun 2020. Kini Erin telah membuka tudung dan mengatakan dirinya sedang melalui ujian yang agak getir.

Selain itu, ada satu lagi berita yang baru saja diterima iaitu dikatakan Erin sudah pun berkahwin lain.

Melalui laporan portal Gempak, Erin khabarnya berkahwin dengan jejaka yang lebih muda darinya.

Dari satu entry, Erin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarwa mertua yang telah menerima dirinya seadaanya.

Keluarga mertuanya juga dikatakan telah membantu menyiapkan rumah termasuk mengecat dan membersihkan rumahnya ketika di Sabah.

“My in law family. Terima kasih kepada mak, kakak-kakak, adik sepupu sepapat yang telah datang memberi bantuan dan tolong siapkan rumah kami ini. Dan terima kasih sebab dah terima diri saya ini seadanya. Juga terima kasih di atas semua kasih sayang yang diberikan.”

Diruangan komen, netizen mendoakan agar Erin akan temui kebahagiaan yang dicari.

Mashimarrow menulis: “Semoga kebahagiaan akan menjadi milik sis, amin.”

Kemudian pengguna dengan nama Nhefolia bertanya: “Sis nak duduk Sabah memang lama dah ke.”

Ini pula jawapan dari Erin yang menggunakan nama Drholisw: “Saya ada kerja dan agak banyak, jadi lama sikit. Terima kasih atas semua doa yang baik ni.”

Beberapa entry sebelum ini, Erin juga ada muatnaik gambar dan video bersama seorang jejaka yang dikatakan suaminya.

Semoga Erin yang merupakan bekas istri kepada Dai Farhan ini, akan dapat kebahagiaan yang dimahukannya.