“Orang free hair pun solat juga” Fasha Sandha

3,429 views

Sebagai pelakon, Fasha Sandha antara yang paling berdedikasi dan berdisplin. Sering datang awal dan komited dengankerja, Fasha sering jadi pilihan produser dan juga pengarah.

Nama Fasha Sandha memang kekal antaar pelakon paling popular di tanah air. Walau sudah berumur 38 tahun, tawaran sebagai pelakon utama masih lagi banyak.

Boleh dikatakan nama Fasha ini satu jenama yang agak besar dan kuat juga.

Jadi tidak hairanlah jika, Fasha turut dilantik menjadi wakil duta sesuatu produk.

Yang paling latest, Fasha Sandha telah dilantik menjadi duta untuk jenama telekung. Fasha kini merupakan duta untuk telekung Bella Amara.

“Saya sentiasa luah rasa syukur, dan sentiasa komited dengan apa saja yang saya lakukan. Amat berbesar hati dengan setiap peluang yang diberikan.”

“Yang paling penting ialah kena ikhlas dalam sesuatu tugas yang diberikan.”

Untuk menerima sebagai duta jenama telekung, Fasha Sandha mengambil inisiatif untuk meneliti dulu peluang berkenaan sebelum menerimanya.

“Memang ada banyak factor, antaranya pembeli dan pengguna, kualiti produk dan sebagainya sebab kalau saya jadi duta, bukan sebab bayaran semata.”

“Selama tiga minggu saya ambil untuk nilai produk ini, dan membuat penelitian terhadap syarikat berkenaan.”

“Kini saya dah terima dan harap sangat ianya akan diberkati terutama semasa saya nak promote nanti.”

Menjelaskan dirinya yang masih belum bertudung, Fasha Sandha memberitahu orang yang tak bertudung juga sembahyang.

“Mereka ada alasan untuk memilih saya sebagai duta. Jenama seperti ini sungguhpun menyasarkan lebih kepada mereka yang berhijab tetapi mereka pun tak menilai tentang orang yang free hair.”

“Telekung bukan untuk mereka yang berhijab saja. Orang free hair ni bersolat juga. Orang boleh cakap apa saja tetapi yang penting kita tahu diri kita.”

“Tidak dinafikan perasaan gementar jadi duta telekung sebab ini kali pertama. Mulanya ada rasa agak kekok juga.”

Menjadi duta telekung, bagi Fasha Sandha, ini mungkin detik permulaannya untuk berhijrah. Selain Fasha, seorang lagi duta Bella Amara ialah Zizi Kirana.