Ekoran satu isu yang sedang melanda antara pelakon Mona Allen dan juga Iqram Dinzly di set penggambaran, netizen terus mahu tahu perkembangan terkini kes ini.
Sebelum ini, Mona Allen telah meluahkan rasa hatinya tentang apa yang Iqram Dinzly lakukan, iaitu lakonan yang dilabel agak keterlaluan sehingga dirinya berasasakit, walaupun sudah ditegur.
Kemudian ada beberapa pelakon lain yang turut bersuara tentang hal ini dan antaranya ialah Mia Nasir dan juga Qistina Khaled. Mereka dilihat menyebelahi side Mona Allen.
Tak tahan dengan isu yang sedang melanda, Iqram Dizly telah muatnaik satu video menunjukkan dirinya sedang mengalirkan air mata.
Iqram menyatakan dirinya tak dapat nak tahan lagi setelah apa yang kebaikkan dia mahu buat, dugaan akan datang semula.
“Tertekan, setiap hari nak buat kebaikkan, pasti ada ujian atau dugaan yang aku rasa terlalu beban untuk aku lalui.”
“Papa saya amat memerlukan kamu. Ya tuhanku, mengapa selalu biarkan aku dalam keadaan tergantung sepi. Rasa macam nak tergantung.”
Inilah luahan hati dari Iqram Dinzly.
Dalam keadaan yang sedang berduka ini, Iqram juga teringat dengan kata-kata dari ibunya yang ada berpesan bahawa kalu rasa berduka bolehlah cuba untuk menderma atau belanja orang lain.
“Untuk aku tenangkan diri, Allah ilhamkan pada ku pesanan dari mama. Kalau berduka belilah sesuatu dan kemudian berilah kepada sesiapa yang tergerakkan di hati, walaupun hanay sesikat pisang saja.”
“Mama walaupun dulu nampak orang macam tak ksiah dengan leteran mama, tetapi sebenarnya itu bekalan yang diperlukan untuk saya lalui hidp berliku ini.”
Dalam pada itu, Iqram turut meminta pelakon lain seperti Qistina dan juga Mia Nasir untuk tak masuk campur dan jangan cuba untuk jadi batu api.
Ini antara komen dari Iqram Dinzly.
“Diam kamu masih budak hingusan.”
Selain Mona Allen dan Iqram Dinzly, drama bersiri ini dilakonkan oleh Amar baharin dan Isyariana sebagai teraju utamanya.