“Kau meroyan sama macam live” Mona Allen naik angin dengan Iqram Dinzly

16,521 views

Satu selisih faham telah berlaku di set penggambaran sebuah drama semalam. Ianya antaar pelakon Mona Allen da juga Iqram Dinzly.

Semua terjadi setelah cara lakonan iqram Dinzly dikatakan terlalu ksar ketika melakonkan adegan mencekik Mona Allen.

Mona yang tak selesa telah naik angin dengan Iqram Dinzly, dan kemudian meluahkan perasaan di laman media sosial miliknya.

Jelas Mona Allen, sebenarnya dia dah pun menegur tindakan Iqram Dinzly itu, namun ianya tetap dilakukan oleh Iqram. Ini antara komen dari Mona Allen.

“Apabila orang suruh dan tengah berlakon tu, kena berlakon saja lah. Tak perlu pun nak kena buat betul-betul.”

“Memang nak method sangat. Lepas ni, tak payah haraplah nak ada lagi babak bersama. Kau punya meroyan tu memang sama macam semasa kat live.”

“Ingatkan dah tak psiko, tetapi rupa-rupanya itu memang dah sejak azali lagi. Bukannya sekali dua babak dia buat macam tu katsaya. Setiap kali mesti rasasakit. Dah pun cakap scara elok-elok tapi tetap tak mahu dengar.”

Ini komen penuh dari Mona Allen yang mengatakan ini merupakan kali terakhir dia beri kenyataan tentang hal ini dan mahukan semuanya berakhir dengan segera.

Sementara itu, salah seorang pelakon yang turut sama terlibat dalam drama itu iaitu Mia Nasir turut mendoakan agar Mona Allen dalam keadaan yang baik-baik saja. Kata Mia, dia memang akan tetap menyokong apa yang Mona luahkan itu.

Drama lakonan Mona Allen dan Iqram Diznly ini sedang ditayangkan di Astro, dan khabarnya masih lagi sedikit lagi penggambaran untuk selesaikan keseluruhan drama berkenaan. Kita tunggu kenyataan lanjut tentang isu ini. Pelakon utama drama ini ialah Amar Baharin dan juga Isyariana. Mona Allen dan Iqram Dinzly merupakan pelakon pembantu.