Dah bergelar jutawan, ini komen teramat humble dari Fazura

6,047 views

Fazura kini telahpun berjaya dalam bidang perniagaan miliknya. Tudung Fazura menerima permintaan yang amat tinggi, dan setiap kali dilancarkan, ianya akan terus sold out.

Pada tahun lalu, dalam bulan Ogos, Fazura menlancar satu edisi tudungnya. Dan dalam masa 2 jam saja, kesemua tudungnya sebanyak 80,000 helai, telah habis, dah sold out. Ianya dianggarkan bernilah lebih kurang RM2juta.

Pada tahun ini pula, sekitar bulan Dua yang lalu, Fazura ada memaklumkan bahawa satu lagi edisi keluaran tudung miliknya telah dilancarkan. Edisi kali ini ialah edisi Rahmat Ramadhan. Dan kali ini, sebanyak 200,000 helai tudung telah habis terjual, semuanya sold out. Ada netizen yang mengira-ngira, kali ini nilainya boleh mencecah RM5juta.

Ditanya tentang status sekarang sama ada Fazura seorang jutawan, pelakon yang juga isteri kepada Fattah Amin ini memberi jawapan yang amat down to earth. Komen dari Harian Metro.

“Saya tak pernah pun mahu fikirkan semua itu. Status sebagai seorang jutawan itu bukannya satu topik yang selalu saya bincangkan. Jutawan ataupun tak, itu merupakan persoalan kedua. Apa yang paling penting buat diri saya ialah untuk terus beri manfaat kepada orang ramai.”

Fazura turut memakai kata-kata nasihat dari ibunya.

“Emak saya ada berkata, orang bukannya peduli sama ada kita ni kaya ataupun tidak, sama ada kita ni jutawan dan banyak duit. Tapia pa yang paling penting ialah kita terus menyumbangkan manfaat dan buat kebaikan.”

“Saya amat bersyukur sebab perniagaan yang diusahakan ini turut membuka peluang pekerjaan kepada ramai wanita diluar sana menjana pendapatan. Apatah lagi ada yang suami atau family mereka yang terkesan, terutama adanya Covid.”

Sementara itu, Fazura turut melancarkan satu aplikasi yang diberi nama Mukmin Pro.

“Apps Mukmin Pro ini satu aplikasi untuk gaya hidup Islam. Ianya menawarkan banyak ciri dan perkhidmatan serta dapat hubungkan umat Islam worldwide. Saya bersyukur satu lagi impian saya telah termakbul.”

Tahniah buat Fazura, semoga terus sukses.