Nota Nidza afham

Kakak dedah nota ditulis Nidza Afham

1,747 views

Kehilangan penyanyi, Nidza Afham Mokhtar sejak hari Selasa lepas, akhirnya terungkai apabila jasadnya ditemui pda hari Rabu, semalam. 

Jasad Nidza sudah pun disahkan oleh ketua polis, apabila ditemui berhampiran Sungai Kolok, berdekatan Sungai Klang sekitar jam 7 petang. 

Kini, jasad berkenaan sudah pun dibawa ke Hospital Shah Alam untuk urusan selanjutnya termasuklah post mortem. 

Ahli keluarga abang kepada penyanyi Aufahanie ini juga dilihat sudah hadir di unit forensik Hospital Shah Alam malam tadi. 

KENYATAAN KAKAK, IRFAHANIE 

Dalam satu temubual, kakak Nidza iaitu Irfahanie berkata, adiknya seorang yang amat baik dan rapat dengan keluarga. 

Jelasnya, handphone Nidza sudah diperiksa dan tiada apa-apa yang mencurigakan. 

“Apabila menemui telefon bimbit dia, kami dah periksa, dan memang tiada sebarang unsur jenayah, mahu pun hutang atau pun benda yang pelik-pelik.”  

“Arwah adik banyak habiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini sebab dia sedang lalui proses pembedahan akibat kecederaan di bahagian lutut.” 

Irfa juga memberitahu, mereka ada terjumpa satu nota yang ditulis Nidza di handphone, dan adiknya itu memasang niat untuk berkahwin.

Ini nota Nidza Afham di dalam telefonnya.  

“Di dalam nota di telefon bimbit, ada perancangan untuk dia nak berkahwin tapi dia belum ada buat tarikh kahwin.” 

“Selain itu, ada juga nota untuk belanjawan.” 

Nota Nidza Afham memang tiada yang mencurigakan, dan ternyata impian untuk berkahwin sesuatu yang amat positif dalam hidup.

KENYATAAN ADIK, AUFAHANIE 

Adik kepada Nidza iaitu Aufahanie merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik. 

Kata Aufa, Nidza merupakan abang yang amat rapat dengannya. 

Setiap hari mereka akan berhubung dan selalu update keadaan masing-masing. 

“Abang ni orang yang amat baik. Dia amat rapat dengan saya. Dialah kawan saya nak gelak, kawn saya nak minta tolong, kwan saya menanyi bersama.” 

“Dia amat rajin dan baik, selalu tolong saya.” 

Diimbas kembali, Nidza dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas keluar dari rumah selepas waktu Maghrib pada hari Selasa. 

Nidza dikatakan pergi untuk berjogging dengan memakai baju biru glepa bernombor 56 di belakang.  

Untuk info, career Nidza Afham sebagai penyanyi baru saja bermula dan  pernah sertai rancangan realiti I Can See Your Voice musim 3, sebelum melancarkan lagu single berjudul Ternyata Bukan Aku dan lagu Tambah Satu Lagi.