Kenyataan penuh Datuk Azizulhasni Awang insiden batal di Olympic Paris

506 views

Semalam, seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada acara lumba basikal track di sukan olympic Paris, yang melibatkan potensi emas pertama negara Malaysia. 

Dua pelumba negra beraksi iaitu Datuk Azizulhasni Awang dan juga Shah Firdaus dalam acara keirin lelaki. 

Namun begitu, dalam saringan pertama, Azizulhasni telah melalui stu detik yang cukup menyedihkan buat dirinya dan juga peminat di seluruh negara. 

Datuk Azizulhasni Awang disahkan terbatal penyertaannya dalam perlumbaan berkenaan. 

Berkenaan Azizulhasni Awang insiden batal itu, pelumba berumur 36 tahun ini telah mendahului motorsikal yang dikenali sebagai pacer sekaligus melanggar peraturan. 

PUNCA AZIZULHASNI MEMOTONG PACER 

Melalui satu kenyataan, Azizulhasni berkata ada sebab mengapa dia terlebih ke depan dalam insiden berkenaan. 

Jelasnya, dia diletakkan sebagai pelumba terakhir ketika saringan. 

Untuk mengelakkan dari terus keterbelakang, Azizul terpaksa memecut lebih laju lebih awal. 

Namun ketika itu ada pelumba lain yang cuba menghalangnya berbuat sedemikian. 

Disebabkan itu, Azizul cuba mengelak dan akhirnya memecut terlebih laju, sebelum mendahului pacer tersebut. 

Baca kenyataan Azizulhasni Awang insiden batal tersebut. 

VIDEO PELANGGARAN PELUMBA FRANCE

RAYUAN DITOLAK

Tambahnya lagi, pihak jurulatih sudahpun cuba membuat rayuan, namun semuanya tidak diendahkan. 

Review untuk meminkan semula video insiden berkenaan juga tidak berlaku. 

Pihak juri atau komisiner memilih untuk mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Azizulhasni Awang. 

Akan tetapi, walaupun dalam keadaan yang sedih, Azizulhasni berkata dia akan cuba untuk move on. 

Ketika ini, yang penting buat dirinya aialah untuk memberi sokongan kepada seorang lagi pelumba negara iaitu Shah Firdaus. 

Shah Firdaus lepas an telah layak ke peringkat ke suku akhir, yang mana acara ini akan berlangsung pada hari Ahad sekitar jam 5 petang. 

Sama-sama kita berikan sokongan kepada Shah Firdaus dalam usaha untuk memburu pingat. 

Apapun, Datuk Azizulhasni Awang merupakan legenda tanah air dan merupakan wira dalam bidang sukan buat negara.