“Bila tak pakai rasa janggal, macam tak pakai baju” Daphne Iking bertudung sejak Oktober

4,096 views

Kita tak tahu bagaimana pengakhiran seseorang itu. Kini ramai yang telah berhijrah, termasuk artis-artis terkenal tanah air.

Mualaf dan pendatang baru iaitu model, pelakon dan pengacara Dahne Iking, antara yang berubah menuju ke jalan yang lebih diredhai.

Daphne Iking mengesahkan bahawa kini dia telah berhijrab, memakai tudung sejak bulan Oktober tahun lalu.

Malahan, dia akan rasa janggal dan kekok jika tidak bertudung di khalayak ramai. Ini komennya kepada Media Hiburan.

“Rasa macam berteIanjang dan tidak berpakaian jika tak pakai tudung.”

“Saya kerap melakukan interview secara virtual, paling tak pun, saya akan pakai anak tudung dan juga topi. At least ianya masih lagi menutupi.”

Ditanya tentang suaminya, Azmi Abdul Rahman, Daphne memberitahu, sudah tentu dia tetap menyokong.

“Syukur, suami terus sokong walaupun memang pada awalnya dia pun agak ragu-ragu.”

Ditanya tentang bagaimana dia boleh terdetik untuk memakai tudung, Daphne Iking menceritakan kejadian sebenar, dan tiada berselindung.

Selebriti berumur 43 tahun ini akui, asbab pada mulanya ialah dia hanya mahu menutup uban di rambut.

“Sejak bapa saya meninggalkan dunia ni kerana kanser, saya mula terlibat dalam aktiviti kesedaran tentang kanser.”

“Saya ada rambut panjang dan berhasrat mahu dermakannya kepada sebuah organisasi kanser.”

“Untuk derma rambut tu, saya tak boleh warna rambut atau buat apa-apa pada rambut selama 6 bulan. Masa tu lah, saya mula ada uban.”

Selepas tamatnya perintah kawalan pergerakkan dan event serta majlis mula diberi kebenaran, Daphne Iking, mahu menutup ubannya ketika berada di luar rumah.

“Saya kena datang majlis, masa tu tema warna ungu. Saya nak pastikan uban tidak nampak, jadi saya ingat nak pakai turban.”

“Kebetulan saya tak ada pula turban warna ungun, jadi saya pun pakai shawl. Dan seterusnya saya ada pakai topi iaitu diving cap.”

Sejak mula pakai tudung, Daphne Iking akui semua urusannya dipermudahkan, dan kini apabila Ramadhan, dia memang rasa janggal jika tak bertudung.

“Proses berterusan sampai bulan Ramadan, memang rasa janggal buka tudung. Dulu ada kejap saya hanya pakai selendang dan saya saya pergi swimming pakai baju terdedah tapi memang terasa sangat, dah macam saya ni sedangberb0gel.

“Saya jadi segan. Lagi pula, umur macam ni, takkan nak pakai macam Halle Berry. Sejak itu, kemudian saya beritahu suami untuk jual semua baju yang tak sesuai, dan macam yang terdedah.”

Sama-sama kita doakan agar Daphne Iking terus istiqamah, dan dipermudahkan dalam penghirahannya.