“Rambut gugur, berat turun mendadak” Ini keadaan terkini Chacha Maembong

8,841 views

Adik kepada Emma Maembong iaitu pelakon Chacha Maembong berdepan gejala selepas dirinya positif Covid.

Gejala ini digelar long covid, iaitu apabila dah normal dan bebas covid namun masih lagi mempunyai sign dan juga symptom yang berterusan.

Apa yang Chacha kena ialah rasa diri amat lesu dan juga alami keguguran rambut.

Pelakon berumur 25 tahun ini turut mengalami penuruan berat badan yang amat ketara dan mendadak selepas kena covid.

“Kisahnya, ada salah seorang staff di lokasi penggambaran kena covid, lepas tu, saya pun turut sama terkena dan positif. Bila dah positif, memang tubuh badan saya ni mula merasai impaknya. Ialah mungkin juga sebab saya ni kan jarang sakit.”

“Setelah saya tak sihat, memang kesannya amat ketara sekali sampaikan saya mengadu kepada Emma menerusi panggila phone dan video call.”

Kerana terlalu terkesa dengan gejala, Chacha turut ambil keputusan untuk kuarantin kan dirinya selama 12 hari.

“Selalunya orang jalani kuarantin 9 hari, namun saya teruskan duduk rumah sampai 12 hari. Ini kerana badan saya memang masih rasa tak berapa sihat. Rambut saya gugur banyak sangat, berat badan semakin turun.”

Chacha Maembong akui, kesan dan gejala yang dia kena ni agak teruk dan keterlaluan. Ianya lebih ketara jika dia kena buat sesuatu kerja yang memerlukan tenaga yang banyak.

Kepada yang tak tahu, gejala selepas positif covid atau dipanggil long covid memang boleh terjadi kepada bekas pesakit. Kadangkala ianya agak lama, sampaikan selama berminggu-minggu mahupun makan selama berbulan-bulan lamanya.

Sungguhpun jika buat ujian covid ianya menujukkan dah tidak lagi positif dan dah pulih, namun gejala berkenaan masih lagi boleh kekal dalam tubuh badan.

Apapun, semoga Chacha Maembong akan kembali sembuh seperti sedia kala.