“Menggigil, wajah pucat” Zizi Kirana dikejarkan ke hospital, suami terus panik

5,542 views

Penyanyi terkenal tanah ari, Zizi Kirana telah dikejarkan ke unit rawatan kecemasan di sebuah hospital awal pagi semalam.

Hal ini disahkan sendiri oleh Zizi Kirana melalui satu laporan portal Mstar.

Jelas penyanyi berumur 37 tahun itu, semasa kejadian dia mengalami demam yang amat panas sampai menggigil, wajah pucat dan sakit tekak yang teramat sangat.

Suami Zizi Kirana iaitu Yusuf Bahrin pula berasa amat panic dan bergegas pulang ke rumah setelah mengetahui keadaan Zizi dan terus membawanya ke hospital

Zizi kemudian disahkan mengalami tekanan darah rendah dan jangkitan pada bahagian tekak.

“Secara tiba-tiba pagi semalam, saya kena demam panas yang teramat. Badan saya pula menggigil. Kemudian tekak saya ada jangkitan dan darah rendah. Ini mungkin kerana saya ni tak cukup berehat.”

Menjelaskan keadaan suaminya yang kelam kabut untuk pualng walaupun sedang jalani penggambaran, Zizi bersyukur, pihak produksi memahami keadaan Yusuf Bahrin.

“Yusuf masa tu memang paling panik, dah la dia sedang jalani penggambaran. Setelah dapat tahu keadaan saya jadi teruk, dia terus minta izin pihak produksi untuk pulang.”

“Nasib baiklah pihak produksi faham dan okay tentang hal ini. Melihat wajah saya yang pucat, dia terus bawa ke hospital.”

“Selesai urusan di hospital, Yusuf terus pergi sambung penggambara. Lokasi penggambaran di Subang Jaya.”

“Kesian pada dia, kena patah balik sana-sini, dah la waktu tengah malam. Bila saya dah tidur, barulah dia pergi semula sambung kerja.”

“Sekarang ini saya ada di rumah, rehat saja di rumah. Semalam doktor dah beri ubat dan kata saya boleh pulang, tetapi kalau tak baik juga, barulah masuk ke wad.”

Itulah keadaan terkini Zizi Kirana yang alami demam semalam. Semoga kembali sihat ye Zizi Kirana.