Uyaina Arshad kena tebuk tiga lubang di perut

4,242 views

Baru-baru ini Uyaina Arshad mengalami ujian apabila mengadu ketidak selesaan di bahagia perut yang agak keterlaluan.

Semakin lama, ianya semakin melarat sakitnya itu dan Uyaina lantas pergi mendapatkan rawatan dari hospital.

Apabila tiba di hospital, Uyaina yang sedang hamil anak pertama terkejut setelah diberitahu doktor dia kena buat pembedahan.

Apapun semua ujian itu telah dilalui oleh Uyaina dengan baik, dia terima semua ujian itu dengan tabah.

“Syukur sangat, alhamdulillah kini kesihatan saya bertambah pulih. Jujur saya cakap, sampai sekarang memang masih ada rasa sakit tu.”

“Kini nak bergerak pun tak boleh nak bebas sangat. Saya pun masih dalam pemantauan pihak doktor.”

“Apapun, syukur sangat sebabnya bayi dalam kandungan disahkan sihat. Memang kena operation. Kena tebuk tiga lubang pada perut tu bukan satu benda yang normal. Bukan biasa-biasa sakitnya.”

“Kini memang saya masih dalam proses rawatan dan mengambil ubat atas nasihat serta pemantauan dari doktor.”

Dari laporan terdahulu, setelah mengadu sakit perut yang teramat, doktor mengesahkan Uyaina mengalami appendicitis, iaitu jangkitan kuman di bahagian apendiks.

Pembedanan boleh dilakukan dan ianya tidak menggugat bayi dalam kandungan. Uyaina bersetuju dan telah selamat jalani pembedahan.

Selepas beberapa hari, doktor memberitahu di bahagian dinding rahim Uyaian ada sedikit infalmation atau keradangan. Dan sebab itu sehingga kini, Uyaina kena terima pemantauan yang rapi dari doktor.

Apapun, Uyaina berkata, ujian yang dialami ini membuatkan dia rasa sedih sikit, kerana banyak membuatkan dia tertinggal berpuasa.

“Saya rasa sedih sebab puasa tahun ini tak dapat nak berpuasa penuh sebab masalah kesihatan yang dialami.”

“Minggu pertama tu dah dapat berpuasa semua, namun lepas kena apendiks hari ke lapan puasa, terus saya dah tak dapat puasa sepenuhnya.”

Untuk info Uyaina Arshad dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021.