Sebelum ni kalau bulan Raamdhan saja, sudah tentu ramai akan tahu bahawa pelakon Nora Danish akan berjaya khatam membaca Alquran.
Namun begitu, selepas dua tahun Nora Danish mampu khatam, tetapi tahun ini berbeza pula ceritanya.
Isteri kepada Nedim ini memang akui, pada tahun ini, dia gagal untuk khatam dan tamatkan membaca Alquran.
Nora memberitahu ada sebab mengapa di tak sempat untuk khatam pada bulan Ramadhan tahun ini.
Antaranya, ialah kerana dia dan suami sedang dalam proses untuk berpindah ke rumah yang baru.
Ternyata urusan itu membuatkan jadualnya kucar kacir. Nora Danish amat ralat kerana gagal khatam di bulan mulia tahun ini.
“Urusan saya untuk pindah rumah ini menyebabkan jadual harian saya sepanjang Ramadan jadi kelam kabut. Akhirnya saya tak sempat untuk melakukan aktiviti mengaji dan khatam seperti yang saya lakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun sebelum ini.”
“Saya begitu sibuk sampaikan tak sempat nak kejar banyak hal. Oleh itu, saya agak terkilan juga lah kerana tak dapat khatam Quran pada tahun ini. Semoga masih ada rezeki tahun depan nanti.”
Untuk tahun depan, Nora akan berusaha untuk lebih banyak beribadah di bulan puasa ini.
Dalam pada itu, tentang sambutan hari raya Aidilfitri yang tak sampai lagi seminggu saja ini, Nora memberitahu, dia dan keluarga sambut secara sederhana saja.
“Setelah dua tahun kita semua tak dapat nak beraya di kampung, saya pasti hari raya tahun ini akan lebih meriah. Ramai yang akan beraya sakan dengan family dan saudara mara.”
Tentang kerjaya seninya, Nora Danish memberitahu, dia akan tampil dengan sitcom Puteri Reunion pada hari raya nanti bersama pelakon asal iaitu Dewi Kanchana, Beego dan Fazurina.