27 tahun simpan rahsia, pertama kali Halim Othman bawa Myra Natasha balik kampung

5,037 views

Sudah begitu lama menyimpan rahsia mempunyai seorang anak, akhirnya pengacara dan penyampai radio terkenal, Halim Othman, 57 tahun, akan dapat membawa anaknya itu untuk beraya bersama.

Halim mahu membawa Myra Natasya, 27 tahun, balik beraya ke kampung halamannya di Terengganu dan dapatlah diperkenal kepada orang ramai terutama rakan-rakannya di kampung.

27 tahun simpan rahsia itu, ini masa yang paling sesuai untuk perkenal anak-anak kepada semua.

“Saya dah pasang niat nak bawa dia jalan-jalan selepas dah diumumkan dan jadi public kisah say adan dia. Saya rancang nak bawa dia balik ke Terengganu. Ramai kawan-kawan saya yang nak jumpa dia tu.”

Apapun Halim Othman tetap hormati bekas isteri dan akan biarkan Myra beraya dengan ibu kandungnya itu dulu.

“Pada hari raya pertama, saya akan hormati hak ibunya, biarkan dia beraya dengan ibunya dahulu di Kuala Lumpur, selepas itu mungkin saya bawa dia.”

Halim Otham memberitahu hal itu menerusi satu temu bual di rancangan MeleTop pada malam Selasa. Di rancangan itu Halim hadir bersama anaknya Myra ditemubual oleh Uyaina dan juga Fakhrur Unic.

Myra turut akui bahawa, hari raya pertama memang merupakan hak ibunya dan dia tak akan ambil hak itu walaupun selepas semua orang dah tahu status bahawa dia anak kepada Halim Othman.

“Saya percaya pada tradisi, memang tradisi saya beraya hari pertama dengan ibu. Itu hak dia dan saya tak mahu lah rampas itu dari ibu saya. Memang banyak yang terjadi dan ada banyak perubahan berlaku, namun hari pertama memang hak dia.”

Itulah komen dari Halim Othman dan juga Myra Natasha. mesti seronoklah lepas ni dapat beraya dengan ayah secara terbuka. Semoga selepas ini Halim Othman dan anak akan lebih bahagia.