Setelah viral badan makin bengkok, ini kenyataan rasmi dari Zamani

5,553 views

Telah bertebaran beberapa video terbaru penyanyi Zamani di sepanjang bulan Raamdhan ini ketika membuat persembahan nyanyian.

Rata-rata tertumpu kepada keadaan tubuh badan penyanyi berumur 51 tahun ini, yang kelihatan semakin membengkok.

Zamani yang mempunyai penyakit scoliosis tulang belakang, akui tulang itu semakin bengkok, namund dia kini dalam keadaan yang sihat.

Melihat ramai yang tertanya sama ada Zamani sihat atau tidak kerana tulangnya yang jelas semakin membengkok, pihak kepada Zamani tampil memberi komen.

Pengurus kepada Zamani iaitu Aalan Ahmad membuat kenyataan bahawa vokalis kumpulan Slam itu masih lagi sihat.

Sehingga kini, Zamani pun masih lagi boleh menyanyi secara live seperti biasa.

“Dia tak ada sebarang masalah pun sebenarnya. Kepada para peminat semua, janganlah risau sebab Zamani sekarang tengah buat rawatan untuk tulang belakangnya itu.”

“Dia pun rasa terharu melihat ramai yang prihatin dengan keadaannya. Zamani berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatannya.”

“Zamani juga sempat meminta maaf kepada banyak pihak media yang cuba hubunginya, Zamani tak dapat layani mereka semua.”

Kerana keadaan Zamani yang semakin membengkok itu menjadi bualan ramai beberapa hari lepas, pihak pengajur ada yang tertanya tahap kesihatan Zamani.

“Tak dinafikan banyak penganjur yang dah signed perjanjian nak ambil Zamani menyanyi, mereka nak tahu keadaan terkini Zamani.”

“Mereka penganjur ni pun risau juga kalau tiba-tiba Zamani tarik diri atau tak dapat nyanyi dengan baik. Tapi sebenarnya Zamani okey boleh kerja macam biasa, nyanyian dia tak terjejas.”

“Zamani banyak kali minta saya maklumkan kepada peminat agar jangan risaukan keadaannya, dia masih sihat lagi.”

Zamani Slam yang semakin naik namanya setelah menyertai Gegar Vaganza, beberapa kali membuat persembahan di atas pentas dengan keadaan yang membengkok. Zamani pun pernah berjenaka tentang keadaan ini dengan mengatakan terima kasih kepada semua yang sokong dirinya dalam keadaan dirinya straight atau pun bengkok.