Yasin Sulaiman kini imam solat lima waktu dan juga solat terawih di penjara

4,754 views

Penyanyi Yasin Sulaiman kini berada di dalam penjara Sungai Buloh setelah dirinya kini terlibat dengan kes yang sudah diketahui umum iaitu menanam serta memiliki pokok yang tidak dibenarkan undang-undang.

Berbicara tentang keadaan terkini Yasin di dalam tirai besi, abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman memberitahu keadaan penyanyi itu baik-baik saja.

Antaranya, Yasin kini merupakan imam untuk solat lima waktu dan juga solat terawih di penjara.

“Yasin dalam keadaan yang amat baik. Dia kini menjadi imam solat lima waktu dan juga solat terawih.”

“Dia banyak buat aktiviti yang menjadikan dirinya sentiasa positif. Selain menjadi imam sembahyang, dia juga telah mengajar banduan lain mengaji. Setiap kali keluarga datang melawat, dia juag selalu bercerita tentang hal yang baik.”

“Semangat dia kini dalam fasa positif. Dia tak boleh dalam keadaan tekanan, itu yang kami risaukan sebab dia mempunyai bipolar. Harapnya dia akan terus ambil ubat.”

“Apa pun, dia memang stabil di sana. Dia cakap, dirinya dilayan dengan baik oleh banduan lain dan juga semua staff kat situ.”

Itulah komen abang Yasin iaitu Zain. Jelasnya, semua family akan bergilir untuk melawat Yasin dalam penjara.

“Dia amat gembira sebab dapat jumpa keluarga. Minggu lepas saya dan ayah dah pun pergi melawatnya. Insyaallah, nanti di hari raya nak pergi melawat lagi.”

Zain juga akan cuba nak bawa dua anak Yasin iaitu Sameer, 18 tahun, dan juga Malaika, 14 tahun, untuk datang dan melawat bapanya itu.

“Untuk anak-anak Yasin datang melawat, saya akan cuba untuk uruskan dalam masa terdekat. Mereka tahu keadaan ayah mereka. Kami selalu cerita dan inform keadaan Yasin pada mereka.”

“Anak-anak juga selalu kirim pesanan pada Yasin. Begitu juga dengan Yasin, dan antara pesanan Yasin pada anak ialah dia mahu anak-anak terus tabah dan janji akan pulang.”

Selain itu, Zain juga berkata satu tabung dilancarkan untuk membantu Yasin Sulaiman mendapatkan khidmat guaman sebab kosnya memang agak tinggi.