Zizie Izette mesra dengan madu, suruh minta tips dari Bung, netizen kata sebab ada duit saja

3,907 views

Hidup bermadu ni memang satu hal yang agak sensitif di kalangan masyarakat di negara ini. Mata-mata akan memandang serong kepada wanita yang menjadi isteri kedua sebagai penyondol dan mata duitan dan melabel si suami sebagai seorang yang mata keranjang.

Berkongsi kasih dengan orang lain, ianya memang hal yang senang dan tak semua indah dan manis belaka.

Namun lain pula yang ditayangkan oleh pelakon terkenal Zizie Izette. Semua pun dah tahu bahawa Zizie merupakan antara mereka yang hidup bermadu setelah berkahwin dengan Datuk Bung Moktar.

Sempena hari raya tahun ini, Zizie Izette memuatnaik video dan juga gambar memaparkan dia dan madunya iaitu Datin Nor Asidah hidup dengan aman dan damai.

Sebagai madu, Zizie Izette mempunya hubungan yang harmoni dengan isteri pertama Bung Moktar itu.

Mereka bergambar bersama-sama yang mana ianya turut dihadiri anak-anak Bung Moktar hasil perkahwinan dengan kedua dua isterinya itu. Memang meriah habis.

Dari ruangan caption, Zizie empat bergurau dan berkata memang citarasa Bung Moktar mahu isteri yang comel dan bukannya yang selim melim.

“Untuk info, suami kami Bung Moktar ni memang tidak minat yang kurus-kurus, sebab taste dia memang nak yang comel belaka macam kami ni.”

“Cuba lihat riak wajah Bung Moktar tu, memang kelihatan amat ceria sekali. Kepada kaum Adam yang teringin macam kami ni janganlah ada rasa cemburu ya. Kalau nak pergilah menuntut ilmu dengan panglima Sabah ni. Seloka di hari raya saja.”

Itulah tulisan di ruangan caption dari Zizie Izette yang hanya bergurau dan berseloroh di hari raya.

Gambar berkenaan menerima pelbagai reaksi di ruangan komen. Ada yang minta tips dan ada juga yang mendoakan agar mereka hidup bahagia.

Namun tak semua memberi impression yang baik kerana ada mengatakan semuanya boleh jalan kalau ada duit saja.

Ada mengatakan tips paling utama ialah si suami kena ada duit sampai berjuta-juta. Kalau tak, tak ada sesiapa pun yang pandang. Ini antara komen netizen.

Zizie Izette dan Bung Moktar berkahwin pada tahun 2009 dan mempunyai lima orang anak.