Shakilla Khoriri pula dikatakan main kayu tiga, ini komen tuan punya badan

10,759 views

Kini dah masuh empat bulan pasangan selebriti Shakilla Khoriri dan Fizi Ali sudah berakhir. Masih banyak lagi kisah antaa mereka yang bertebaran.

Walaupun pada asasnya mereka berdua berpisah dengan baik, namun ada lagi cakap-cakap yang membuat andaian apa sebenarnya yang terjadi.

Kini tiba pula kisah yang mana ada mengatakan Shakilla pula yang buat hal, sampai ada pula kisahnya bermain kayu tiga.

Tuan punya badan iaitu Shakilla Khoriri akhirnya tampil memberi komen tentang cakap-cakap orang ini melalui laporan BH Online.

“Itu semua saya tak tahu lah. Kalau ada yang tuduh saya bermain kayu tiga, saya tak boleh nak jawab ya atau tak. Kalau saya buat kenyataan dan mendedahkan punca perpisahan, ianya akan mengheret dan mengaibkan banyak pihak.”

“Saya memilih untuk tidak mengaibkan bekas suami malah sesiapapun. Hal ini terlalu sukar untuk saya jelaskan. Oleh itu adalah lebih baik saya diam diri sajalah.”

“Tak ada mahu marah atau melenting kalau ada pihak buat andaian saya curang sebagai punca bercerai mahupun melabel saya isteri yang tak baik sebagainya.”

“Saya dah memaafkan mereka semua. Dorang tak ada di tempat saya, mereka tak tinggal serumah dengan kami, tak tahu apa yang berlaku antara kami.”

Dalam pada itu, Shakilla Khoriri juga tidak mahu menuduh bekas suaminya itu.

“Tak wujud bahawa saya pula nak bercerita, kononnya bekas suami main kayu tiga dengan saya. Saya kenal Fizi, dia bukan jenis suka buat hal.”

“Saya hidup dengannya selama tiga tahun. Mungkin saya belum lagi tahu tersembunyi dalam hatinya. Jika Fizi ada buat hal kat belakang, yang tu saya tidak tahu.”

“Cukup, hanya Allah dan ibu bapa saya yang tahu hal sebenar. Malahan kawan baik saya pun tak tahu punca kami berpisah.”

“Saya rasa tak ada yang saya perlu jelaskan lagi sebab ia dah berakhir. Nak kata saya curang, tak mengapalah.”

“Apapun, Fizi tetap baik kepada saya. Apa yang terjadi, biarlah kami sahaja yang tahu.”

Buat masa sekarang anak mereka iaitu Ameena lebih banyak bersama dengan Shakilla Khoriri namun tetap bersama Fizi Ali jika Shakilla bekerja atau ada urusan. Buat masa sekarang mereka jaga bersama-sama. Semoga urusan Fizi Ali dan Shakilla Khoriri dipermudahkan.