Mesej tersebar, mula tak nak, akhirnya Shuk Sahar dan Rossa Sera pakai baju sedondon

6,336 views

Bila tiba hari raya, antara benda paling jadi tumpuan ialah baju raya. Kalau dah mempunyai keluarga, antara jadi topic prbincangan ialah pemilihan warna baju untuk hari raya.

Ada mereka yang suka nak sedondon, nak sama-sama warna serupa satu family. Ada pula yang suka buat hal sendiri, nak pakai warna apa pun.

Untuk tahun ini, pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera dilihat tidak lagi menyambut hari raya bersama-sama.

Rossa Sera beraya bersama anak-anaknya saja di sepanjang minggu pertama hari raya ini.

Shuk pula dilihat beraya seorang diri termasuk lah muatnaik naik gambar bersendirian ketika hari raya yang ke empat, memakai warna kelabu.

Pada hari raya yang kelima pula Shuk muatnaik gambar raya memakai baju berwarna purple pula.

Mungkin ramai ingat kedua mereka ni masih dalam perbalahan lagi, namun Rossa Sera menafikan hal berkenaan.

Jelas Rossa, dia masih lagi berhubung dengan Shuk Sahar. Malah mereka juga ada bertanya tentang warna baju raya.

Dari foto yang dimuatnaik, Shuk ada bertanya kepada Rossa Sera bahawa dia mahu memakai baju raya yang sama warnanya dengan family, terutama anak-anak.

Pada mulanya, Rossa Sera dilihat tidak mahu memakai warna sedondon dengan Shuk, namun akhirnya memberitahu juga warna baju raya mereka, agar Shuk dapat pakai baju sedondon dengan anak-anak.

Ini perbualan mesej antara Shuk dan juga Rossa.

“Kami masih lagi dan tetap kawan macam biasa. Sungguh pun kami dah tak dapat berraya bersama-sama, Sera tetap memilih untuk pakai sedondon bajunya sama juga dengan warna baju budak-budak. Doa yang baik-baik sudah la ye. Take care Shukri.”

Kisah perkahwinan antara Shuk Sahar dan Rossa Sera memang seringkali jadi tumpuan ramai, ini angkara adanya kehadiran orang ketiga. Perkahwin mereka sejak athun 2015 itu diuji beberapa kali, dan sehingga kini ianya masih lagi belum selesai.