“Dia manjakan saya, saya berubah..” Rosnah Mat Aris bahagia dengan suami muda

5,111 views

Pelakon veteran Rosnah Mat Aris kini dah lebih sedekad melayari perkahwinan dengan suaminya bernama Tajul Efendie.

Antara info yang sering diketahui tentang perkahwinan Rosnah Mat Aris ini ialah jurang jara usia antara Rosnah dan suaminya yang jauh lebih muda darinya.

Rosnah Mat Aris kini berumur 67 tahun manakala suaminya berumur 41 tahun.

Walaupun jara umur sebanyaj 26 tahun, Rosnah memberiathu dia amat menghormati suaminya itu dan tahu batas sebagai seorang isteri kepada suami. Ini komennya kepada portal Mstar.

“Memang banyak orang tanya tentang bersuami muda, saya simpan suami dalam almari, kunci kat saya. Kami happy. Nak berkelahi besar pun tak ada.”

Bagi Rosnah, suaminya memang berbeza dengan orang muda yang lain.

“Berbeza sangat dia ni dengan orang muda yang lain. Saya kadangkala terfikir juga yang saya ni kahwin dengan orang muda ke atau orang yang lebih tua. Ini kerana cara dia berfikir tu amatlah matang dan layan saya ni macam dia pula yang dah berusia.”

Layanan dari suami itu turut membuatkan diri Rosnah Mat Aris menjadi lembut.

“Dia ni yang manjakan kita, jadi kita ni yang kasar pun jadi berubah jadi lembut hati. Dia ni ubah saya. Kini saya jadi lebih bersopan.”

Tentang kenapa suaminya masih belum tampil di khalayak, kata Rosnah, suaminya bukan jenis yang mahu perhatian.

“Dia ni tak suka masuk TV, dia memang tak suka nak popular. Suami saya kata, dia bukan nak tumpang kaki awak. Suami kata, saya ada kerja saya, saya tak nak show off ni, untuk apa. Kalau nak menunjuk baik saya akan ambil yang muda la, bukan yang berumur. Awak punya popular saya memang tak nak.”

Dalam pada itu, Rosnah berkata rumah tangganya kekal sebab dia percayakan beberapa faktor, ini komennya.

“Kami berdua ni dapat bertahan sampai sekarang kerana saya percaya tiga benda iaitu jujur, ikhlas, dan juga amanah.”

Itulah komen dari Rosnah Mat Aris tentang perkahwinannya.